Ahli perniagaan, Irene Deanna yang digosipkan menjalin hubungan dengan pengarah kontroversi, Syamsul Yusof akhirnya tampil bersuara mengenai hubungannya dengan suami Ira Kazar itu.
Menurut gadis berusia 25 tahun itu, dia dan Syamsul hanyalah kawan biasa dan menjelaskan Syamsul sebenarnya kenalan ibu dan ayahnya.
“Kami sekadar kawan biasa sebab Syamsul kenalan emak dan ayah, bukan saya. Memang hanya kenalan ‘hi bye’.
“Itu sekadar gambar sahaja. Sebenarnya, Syamsul datang atas urusan kerja dengan syarikat permotoran, jadi kami ambil gambar bersama sebab dia adalah kenalan keluarga.
“Saya tak tahu nak komen sebab tiada apa-apa pun. Jadi, ‘no comment’,” katanya kepada media ketika ditemui pada Konsert Stars On Fire di Hotel Le Meredien, semalam.
Tambah Irene, dia terkejut namanya dipetik dan menjadi bualan netizen selepas gambar bersama Syamsul tular.
Bagaimanapun, Irene mengakui, dia tidak terganggu dengan gosip sedemikian.
“Saya terkejut, tapi sememangnya tiada apapun. Syukur, gosip ini tidak menganggu emosi saya. Saya buat kerja macam biasa.
“Tiada ‘stress’ atau apa-apa, saya okay sahaja,” katanya.
Irene berkata, dia membaca komen netizen dan hanya mampu ketawa bila membaca setiap dakwaan dilemparkan.
“Saya baca dan hanya tergelak,” katanya.
Ditanya sama ada dirinya sudah berpunya, Irene enggan mengulas.
“Itu pun saya tiada komen,” katanya ringkas.
Terdahulu, Irene didakwa menjalin hubungan dengan Syamsul selepas tersebar foto Syamsul menghadiri makan malam yang disertai keluarga wanita itu.
Turut kelihatan, sekeping gambar pengarah sensasi itu berdua bersama Irene.
Baca juga: Tak suka makan ikan sebab bau hanyir? Boleh cuba tip ini, rasa pun jadi lebih sedap