Iring anak Ahli Parlimen tanpa arahan, dua anggota trafik dipindah bahagian

Oleh KIM SYAZIE

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati tiada arahan dari pihak atasan mahupun pihak polis Pulau Pinang berhubung tindakan dua anggota polis trafik yang mengiringi anak seorang Ahli Parlimen baru-baru ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, siasatan dalaman yang dijalankan pihaknya mendapati tiada arahan rasmi atau tidak rasmi daripada mana-mana pegawai kanan, ibu pejabat atau Kontinjen Pulau Pinang untuk tugasan itu dilaksanakan.

Justeru katanya, kedua-dua anggota berkenaan telah ditukarkan ke bahagian pentadbiran sehingga siasatan tatatertib berkaitan kes berkenaan selesai.

Baca Artikel Penuh