Malaysia Dateline

Isa Samad SPRM

Isa tiba di mahkamah untuk prosiding reman

Bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini untuk prosiding reman bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan beberapa kes.

Mohd Isa yang berbaju lokap SPRM dan bergari serta diiringi anggota SPRM, tiba pada 9.10 pagi dengan menaiki kenderaan agensi penguatkuasaan itu.

Beliau kelihatan tenang dan mengukir senyuman kepada anggota keluarga, penyokong serta media yang menunggu sejak 8 pagi.

{loadposition myposition}

Isteri Mohd Isa, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid yang turut menunggu di perkarangan mahkamah, kelihatan menangis ketika suaminya itu tiba di mahkamah.

Mohd Isa ditahan kira-kira 4.30 petang semalam ketika hadir di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk memberi keterangan.