Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Islam acuan Nusantara: AMANAH, Nahdatul Ulama bekerjasama

Islam acuan Nusantara: AMANAH, Nahdatul Ulama bekerjasama

Oleh BORHAN AHMADFebruary 13, 2020 3:00 pm




Presiden AMANAH, Mohamad Sabu memberitahu, partinya dan Nahdatul Ulama (NU) dari Indonesia telah mencapai kata sepakat untuk memperjuangkan Islam atas acuan Nusantara dan menolak mana-mana acuan dari Timur Tengah.

Dengan menyifatkan Timur Tengah telah gagal sehingga menyebabkan mereka berperang sesama sendiri, AMANAH dan NU akan bekerjasama seiring dalam memperjuangkan Islam tanpa mana-mana acuan dari Timur Tengah.

“Pada pandangan NU, mereka mahu membentuk kebangkitan Islam atas acuan Nusantara.

“Bagi mereka acuan Timur Tengah telah gagal dan buat apa kita mengambil acuan yang telah gagal itu,” kata Mohamad yang bersetuju dengan pendekatan dan pandangan NU itu.

Menurut Menteri Pertahanan itu, perbincangan selanjutnya perlu dilakukan oleh pemimpin Islam di rantau Asia Tenggara bagi mengembangkan idea Islam Rahmatan Lil ‘Alamin.

Mohamad berkata, beliau selalu menyebut kepada pemimpin di negara-negara Arab tentang keperluan mereka berbincang sesama sendiri bukannya berperang.

“Saya selalu sebut, kami di Nusantara ada 10 negara, hanya tiga sahaja majoriti Muslim iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei tetapi kami boleh berbincang dengan semua negara atas kedudukan masing-masing.

“Tetapi di negara Arab, satu agama, satu bahasa, satu bangsa tetapi tidak boleh berbincang antara satu sama lain.

“Bila kumpulan ini menang untuk satu negara, mereka taja kumpulan lain untuk memberontak sebagaimana berlaku kepada Morsi di Mesir.

“Apabila menang melalui pilihan, ada Arab yang lain membiayai pasukan tentera untuk memberontak dan mengambil alih kerajaan,” jelas Mohamad.

Selain itu, katanya, Malaysia dan Indonesia juga bersetuju memerangi Islamofobia dalam kalangan masyarakat antarabangsa.

“Saya berbangga dengan NU yang berfikiran jauh ke depan dalam isu ini apabila mereka meletakkan duta mereka di Beijing, China bagi menerangkan kedudukan mereka dan Islam kerana mereka tahu China adalah kuasa besar dunia sekarang,” katanya.

Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata, Malaysia berazam untuk mengadakan kerjasama rapat dengan Indonesia dalam memerangi takfiri (mengkafirkan sesama Islam) dengan menjadikan gagasan Islam Rahmatan Lil Alamin sebagai asas kerjasama.

Mohamad Sabu dalam satu sidang media khasnya kepada Mingguan Amanah berkata, Indonesia juga menghadapi fenomena yang sama iaitu takfiri sesama Islam.

“Kalau ia tidak dicegah dari awal, peperangan sesama sendiri dengan bunuh membunuh sebagaimana yang sedang berlaku di dunia Arab akan merebak di rantau Asia Tenggara ini,” katanya.

Beliau yang baru berforum di sana bersama pelbagai kumpulan Islam dan kumpulan berkepentingan berkata, AMANAH sependapat dengan Nahdatul Ulama (NU) iaitu kumpulan Islam terbesar di Indonesia.

“Nahdatul Ulama yang mempunyai ahli lebih 90 juta orang juga hadapi kumpulan takfiri sebagaimana AMANAH.

“Kita sama-sama setuju Islam Rahmatan Lil Alamin perlu diletakkan sebagai dasar atau arah tuju tindakan untuk diperkenalkan kepada rakyat,” kata Mohamad lagi.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Terkini

Tindakan kerajaan mahu bunuh kontraktor bumiputera

Hebat Muhyiddin hanya 13 kerusi PN mampu takluk Johor

COVID-19: Kes baharu terus melonjak terkini 4,008 kes

Pakej Permai: Kerajaan patut jadikan kos ujian saringan Covid-19 mampu milik

PN gagal lonjakkan ekonomi negara

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production