Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Islam bukan pada slogan tetapi lebih pada akhlaknya

Islam bukan pada slogan tetapi lebih pada akhlaknya

Oleh MOHD ALI HASHIMJanuary 18, 2020 6:54 am




Islam itu sebenarnya bukan terletak pada slogan-slogan, sebaliknya ia terletak pada akhlaknya.

Oleh kerana itu sekiranya menjadi pemimpin, maka ia perlu mempunyai akhlak Islam, taqwa, jujur, amanah, dipercayai, bijaksana dan adil.

Demikian pandangan yang dikongsi bersama oleh Pengarah Komunikasi AMANAH Negeri Pulau Pinang, Dr Zaidi Zakaria.

Menurut beliau lagi, adalah dibimbangi perkara yang dijenamakan dengan nama Islam akan tercemar dan menjadi fitnah kepada Islam.

Sehubungan itu jelasnya, parti politik pada realitinya tidak boleh digabungkan dengan gerakan dakwah yang pernah dan acapkali disebut oleh pendokong parti Islam sebagai gerakan Islam.

“Politik dan dakwah itu satu disiplin yang sangat berbeza kerana matlamat politik adalah kuasa walaupun ia disandarkan dengan kuasa untuk ditegakkan Islam.

“Manakala matlamat dakwah pula adalah kembali kepada Islam, sementara itu bagi non muslim pula ialah masuk Islam.

“Realiti yang dikatakan parti Islam hanya kerana garapan perlembagaannya untuk menegakkan undang-undang Islam, sedangkan fikrah, tabiat dan perangainya tidak mencerminkan keperibadian Islam, ” jelas beliau lagi.

Tambahnya, kata-kata dan ucapan ceramah pemimpin parti Islam, “tahi dan pengat” contohnya, walaupun ia datang dari luahan Exco Agama, sebaliknya, kata-kata tersebut tidak melambangkan Islam yang sebenar.

“Fikrah mereka senantiasa berprasangka buruk kepada parti-parti lain, yakni parti yang tidak berjenama Islam.

“Malahan kepada parti yang seolah-olah beragama Islam pula, mereka mengeluarkan hukum haram bergabung dengan parti Islam lain, apabila sudah ada parti Islam (iaitu parti mereka).

“Dalam erti kata lain, semua parti-parti lain sama ada berjenama Islam atau sebaliknya, segalanya tidak betul dan tidak benar bagi mereka kecuali hanya parti mereka sahaja yang berada pada landasan yang betul (kerana perlembagaan parti), ” tegasnya.

Beliau yang juga merupakan Naib Pengerusi 1, AMANAH Negeri Pulau Pinang turut berkata, sikap “Hoiler than thou” atau sikap takabbur inilah sikap yang dibimbangi para ilmuan kerana mereka tidak menyedari boleh terjerumus kelembahnya ekoran ilmu yang mereka miliki.

Katanya, “Hoiler than thou” atau takabbur inilah merupakan penyakit utama para ulama politik yang mengeluarkan fatwa berubah-ubah dalam selang masa yang singkat, berdasarkan kepentingan parti politik mereka dan bukannya berlandaskan syariat Islam.

Menurut Dr Zaidi lagi, suatu ketika mereka mengeluarkan fatwa haram undi calon bukan Islam dan selang dua atau tiga bulan pula rakan mereka mencalonkan calon bukan Islam, manakala fatwa mereka berubah kerana negara berbilang kaum dan agama.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Pelakon watak Atan & Atok uzur tidak mampu makan dan minum

Terkini

Kes Covid-19 terus tinggi, lagi 3,170 kes baharu, 41,755 kes aktif hari ini

Hubungan Pas-DAP: ‘Kalau imam dah terberak, takkan nak ikut lagi?’

Gesa kerajaan negeri Johor selamatkan kontraktor kecil Bumiputera

Covid-19: Adun Nenggiri akui mungkin terlalai abai SOP

Pas main dua kolam: Mustahil Umno duduk diam?

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production