Islamis masuki fasa baru, tidak perlu bezakan kita dengan muslim lain, kata Ghannouchi

Islamis masuki fasa baru, tidak perlu bezakan kita dengan muslim lain, kata Ghannouchi

Pengasas dan pemimpin utama parti Ennahda, sebuah parti Islamis utama Tunisia, Rachid Ghannouchi, tenang apabila saya menemubual beliau di rumahnya. Beliau rasa seakan tidak senang apabila saya menanyakan sama ada beliau berpendapat Islamisme telah mati.

“Saya tidak akan kata seperti itu,” kata beliau. Tetapi beliau menolak label tersebut, katanya, “Kami tidak ada apa-apa sebab untuk membezakan diri kami daripada Muslim yang lain.” Ghannouchi dan lebih gemar kepada terma “Demokrat Muslim” – yang mana berulang kali menggunakan analogi dengan parti-parti Demokratik Kristian di Eropah Barat untuk menjelaskan identiti baru, pasca-Islamisme.

Secara khusus, komitmen pemimpin kanan Ennahda, Ferjani terhadap prinsip-prinsip kebebasan dan kesamarataan menjadikan beliau barangkali sebagai tokoh politik pasca Islamisme yang penting di dunia Arab Sunni. Walaupun beliau menggelar diri sebagai seorang konservatif dan memegang nilai-nilai kekeluargaan, Ferjani berkata beliau melihat isu seksualiti, orientasi seksual dan identiti jantina – termasuk isu-isu transgender yang menghantui Amerika – sebagai urusan persendirian dan peribadi, dan bukan urusan negara atau autoriti.

Ferjani juga berpegang kepada pengecualian negara terhadap perkara-perkara yang melibatkan agama. Beliau menyamakan kebebasan beragama dengan kebebasan hati nurani, dan percaya bahawa agnostik dan ateis seharusnya menikmati hak sivil yang sama seperti mereka yang monoteis.

Sekali lagi, dalam temu bual kami, Ghannouchi seperti yang dijangka lebih berhati-hati. Beliau menggalakkan kesaksamaan di kalangan umat Islam semua mazhab, seakan-akan agak keberatan untuk mengatakan hal sama kepada orang Kristian dan Yahudi, dan secara perundangan merujuk kepada “perlindungan perlembagaan” untuk ateis dan agnostik.

Bulan lepas, di Kongres Ennahda, seramai 1,200 delegasi telah meluluskan kebanyakan perubahan menyeluruh kepada platform parti seperti yang dicadangkan kumpulan Ferjani dan kepimpinan Ghannouchi.

Pendekatan yang paling penting adalah mengetepikan komitmen parti dalam kegiatan dakwah. Ini menjadikan parti itu sebuah pertubuhan politik semata-mata, tanpa misi keagamaan – perubahan radikal dalam tradisi Ikhwan al-Muslimin dari mana gerakan Ennahda muncul.

Di Tunisia dan seluruh dunia Arab, para liberal, sekularis dan pengkritik Islamisme masih skeptikal. Saya menyaksikan lebih daripada satu program di ibu negara dimana idea dan pendirian baru Ennahda mengundang gelak ketawa dari pihak lawan. Mereka menyokong dialog, kerjasama, malah pakatan bersama Ennahda, tetapi mereka tidak dapat mengambil serius deklarasi pasca Islamisme yang dibawa Ehnahda itu.

Memang benar kebanyakan pemimpin gerakan tidak sepenuhnya dapat menerima idea yang melangkaui visi Ikhwan al-Muslimin. Selepas revolusi 2011 yang membantu Ennahda berada di tampuk kuasa, parti itu kelihatan bertekad untuk kekal berkuasa – sehingga situasi kritikal pada 2013 apabila kerajaan Ikhwan al-Muslimin diketuai Presiden Mohamed Morsi di Mesir digulingkan dengan pemberontakan yang disokong oleh tentera. Selepas melihat kejatuhan rakan sejawatannya dari Mesir, Ennahda segera berundur dengan melepaskan kuasa dan bersetuju dengan beberapa siri kompromi.

Pengalaman itu, digabungkan dengan realisme baru tentang kebanyakan rakyat Tunisia tidak menyokong kerajaan yang begitu Islamis, menggalakkan projek penjenamaaan semula. Tidak dinafikan ini semua adalah sebahagian dari perancangan jangka panjang Ennahda untuk kembali berkuasa.

Tetapi keikhlasan transformasinya tidak begitu relevan. Ennahda bukan lagi satu gerakan bawah tanah atau kongsi gelap. Ia adalah sebuah parti politik yang bersaing untuk kuasa dalam perlembagaan, sistem demokrasi yang baru ditubuhkan di Tunisia.

Ini adalah bagaimana Islamisme selalunya berkembang dalam praktik. Tiada kejaiban akan berlaku dimana Islamis autoritarian gaya-lama secara serta merta bertukar kepada konservatif sosial demokratik. Ia adalah transisi kontekstual yang mengambil masa, dengan dorongan utama untuk mendapatkan kuasa di dunia Arab di mana kebanyakan orang taat sebagai Muslim tetapi masih curiga dengan penyokong politik Islam.

Apa yang pengkritik dan penyokong Ennahda perlu faham adalah niat kepimpinan tidak penting – dalam demokrasi, kata-kata dan perbuatan umum yang diambil kira, bukan fikiran rahsia. Walaupun dengan penjenamaan semula sebagai “Demokrat Muslim” hanyalah helah sinikal, parti itu perlu teruskan untuk mendapat kuasa dalam masyarakat Tunisia yang tidak akan menerima Islamisme gaya lama. Demokrat Muslim akan jadi persis seperti Ehnahda.

Masa depan Islamisme di mana-mana negara Muslim sangat bergantung kepada perkembangan wajah baru Ennahda. Maka nasib Islamisme terikat dengan kelangsungan Tunisia yang baru.

Walaupun separuh bertentangan dengan hasratnya sendiri, Ennahda telah menjadi parti politik pasca-Islamis yang pertama di dunia Arab. Pertaruhan, untuk rantau dan dunia ini, dalam sistem demokrasi Tunisia yang rapuh telah meningkat tak terjangkau.

Oleh Hussein Ibish seperti disiarkan Roketkini

TAGS