Malaysia Dateline

Ismail bentang RMK-12 pada 27 September ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat pada 27 September ini.

Kerja-kerja penyediaan RMK-12 juga kini hampir 100 peratus siap, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

“Unit Perancang Ekonomi (EPU) akan memberi taklimat dan maklumat terkini kepada Perdana Menteri mengenai penyediaan RMK-12 berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengimbas kad perakam waktu sebagai tanda memulakan tugas di Unit Perancang Ekonomi berkenaan di Putrajaya pagi tadi.

Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli, Kelantan berkata, RMK-12 dan Belanjawan Pembangunan 2022 akan diberi tumpuan dalam 100 hari pertama seperti diarahkan Ismail Sabri.

“Saya nak tekankan RMK12 kalau mengikut perancangan sebelum ini 20 September, sekarang sudah ditunda kepada 27 September.

“Itu merupakan fokus utama yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri,” katanya lagi.