Malaysia Dateline

Ismail Kamus meninggal, jenazah disolatkan jam 9 pagi ini

Jenazah Allahyarham Datuk Ustaz Haji Ismail Kamus akan dikafan dan disolatkan di Masjid AsSobirin AU5, Keramat, Kuala Lumpur pada jam 9.00 pagi ini, kata anak beliau Mohd Firdaus Ismail.

Seterusnya, kata beliau, jenazah ulama dan penceramah terkenal itu akan dikebumikan di tanah perkuburan Sobirin AU4 Keramat.

Pendakwah terkenal itu meninggal dunia kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.

Perkara itu disahkan menerusi Facebook rasmi pendakwah berkenaan.

“Dukacita dimaklumkan Tuan Guru Datuk Ismail Kamus meninggal dunia sebentar tadi. Al-Fatihah,” menurut kenyataan di Facebook itu.