Malaysia Dateline

Ismail kata dah tutup pintu depan, netizen jawab pulas telinga Azmin

Status Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri hari ini mengundang berbagai-bagai reaksi dan telahan daripada netizen.

Tambahan pula status di facebook Ahli Parlimen Bera ini turut meletakkan emoji sedih menyebabkan ramai netizen boleh membaca apa yang tersirat di hati menteri berkenaan.

“Saya dah tutup pintu depan tapi ………………..” kata Ismail.

Beliau juga berkongsi sekeping gambarnya sedang menutup pintu pejabatnya.

Ramai netizen membuat andaian Ismail bersedih kerana sikap seorang menteri menyebabkan usaha beliau memerangi COVID-19 mungkin tidak berjaya.

“Tapi apa Pak Mail? Azmin buka pintu belakang?? Cakap terang-terang Pak Mail, kami marhaen tiada hal punya, pulas telinga Azmin tu Pak Mail, degil!”komen Zaidi.

Begitu juga dengan Hariz Md Amin yang meminta Ismail menasihati Azmin agar betul-betul lakukan ‘total lockdown’ untuk mengurangkan kes positif Covid-19.

“Nasihat sikit si Azmin Ali ni Dato Seri. Kita buat total lockdown ini untuk kurangkan kes yang mana kita semua tahu banyak kluster dari tempat kerja. Yang dia ni sibuk duk buat kelulusan untuk kilang-kilang dan tempat kerja. Kesian pada frontliners,” katanya.

“Tapi….. Si jemin boleh buka pintu belakang. Kroni diutamakan,” komen Namron Zan

“Tak apa Dato. Biarkan Jemin dan PPBM dapat dana politik dari Taikun dan Tauke. Rakyat pula jangan bagi Jemin dan PPBM berkuasa lagi,” kata Mohamed Khaled Nordin.

Ada juga netizen yang meminta Menteri Kanan itu menarik diri dari bersekongkol dengan ‘pengkhianat’ agar namanya dan Umno tidak terpalit sama.

“Cukup-cukuplah Dato. Sudahlah dok layan karenah pengkhianat. Last-last nama Dato dan Umno saja yang kena palit taik. Tarik diri secepat mungkin untuk kebaikan negara dan bangsa,” tulis Jasminder Singh.

“Macam kecewa je DS (Datuk Seri). Sabar DS ya buat je mana yang terbaik. DS dah tutup pintu tapi lupa kunci tu yang boleh masuk lagi. Lain kali DS sepit kepala dia kat pintu tu je senang,” kata Fariz Ibrahim.

Bermula 1 Jun PKP penuh telah dilaksananakan berikutan itu, Ismail Sabri mengumumkan semua sektor ekonomi tidak dibenarkan beroperasi kecuali 17 sektor yang dianggap perkhidmatan perlu.

Namun terdapat kebenaran beroperasi kepada sebahagian besar perkhidmatan perlu dalam sektor perkilangan, meskipun negara kini sedang dalam pelaksanaan sekatan pergerakan penuh (total lockdown) sejak semalam.