Ismail mulakan tugas KSN hari ini

Ismail mulakan tugas KSN hari ini

Datuk Seri Dr Ismail Bakar secara rasmi memulakan tugasnya sebagai Ketua Setiausaha Negara yang baharu hari ini.

Pejabat Ketua Setiausaha Negara dalam satu kenyataan hari ini menyatakan, Ismail dalam satu taklimat ringkas berikrar untuk sentiasa menegakkan integriti dan memegang prinsip kebenaran dalam menjalankan tugasnya.

Ismail, 58, mengimbas kad kehadiran pada pukul 7.25 pagi di Pejabat Ketua Setiausaha Negara di sini, menurut kenyataan itu.

Ismail yang sebelum ini Ketua Setiausaha Perbendaharaan dilantik sebagai KSN yang baharu menggantikan Tan Sri Dr Ali Hamsa, 63, yang kontrak perkhidmatannya tamat pada Selasa.

0.0
OVERALL SCORE
Have no any user vote
CATEGORIES