Malaysia Dateline

Ismail Sabri angkat sumpah sebagai perdana menteri ke-9

Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri kesembilan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara pada pukul 2.30 petang ini.

Ismail yang merupakan naib presiden Umno menggantikan Muhyiddin Yassin – presiden Bersatu dan pengerusi Perikatan Nasional (PN).

Ismail diumumkan perlantikannya oleh Yang Dipertuan Agong semalam selepas baginda berbincang dengan Raja-raja Melayu di Istana Negara.

Ismail disokong oleh 114 ahli Parlimen manakala calon terdekat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat 105 sokongan ahli Parlimen.