Malaysia Dateline

Ismail Sabri cari titik persamaan dengan PH tangani Covid-19

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri menegaskan pertemuan yang berlangsung antara beliau dengan pimpinan Pakatan Harapan hari ini adalah untuk mencari titik persmaan yang terbaik bagi menangani krisis pandemik.

Dalam kenyataan bersama Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden AMANAH Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Ismail berkata kerjasama adalah untuk menjaga nyawa dan keselamatan diri daripada ancaman wabak dan membebaskan rayat daripada cengkaman ekonomo berikutan kehilangan pekerjaan dan pendapatan.

Katanya, pertemuan ini juga sebagai merealisasikan titah Yang di-Pertuan Agong untuk menangani masalah Covid-19 serta mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

“Persetujuan bersama dicapai dalam memperkasakan fungsi Parlimen Malaysia sebagai institusi yang bertanggungjawab dan konstruktif, menyemak dan mengimbang tadbir urus eksekutif supaya lebih telus dan memenuhi kehendak rakyat.

“Kami juga bersetuju dan memahani pentingnya kebebasan badan kehakiman, reformasi institusi dan tatakelola kerajaan yang baik bagi memastikan keadaan yang lebih kondusif untuk rakyat dan negara dalam konteks Keluarga Malaysia,” katanya.

Tiga pemimpin utama Pakatan Harapan Presiden PKR Anwar Ibrahim, Presiden AMANAH Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng telah dijemput Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub ke pejabatnya pada jam 2 petang tadi.