Malaysia Dateline

Ismail Sabri dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kekal memegang port Menteri Pertahanan, demikian menurut kenyataan daripada Pejabat Perdana Menteri sebentar tadi.

Pelantikan ini akan dapat membantu Perdana Menteru menguruskan petadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi pada masa ini.

Manakala Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula telah dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri, beliau akan mengetuai Kluster Keselamatan yang sebelum ini diketuai oleh Ismail Sabri.

Mahiaddin Md Yassin bersetuju supaya Hishammuddin membantu beliau dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara.

Kedua-dua pelantikan ini katanya telah disembah maklum kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkuatkuasa serta merta.

“Adalah diharapkan pelantikan ini akan meningkatkan lagi keupayaan kerajaan PN khususnya dalam menghadapi pandemik, memperkuatkan perpaduan dalam kalangan parti-parti yang membentuk kerajaan dan memperkukuhkan kerajaan PN dengan tadbir urus yang telus, bebas rasuah dan berintegriti,” kata kenyataan itu.

Ismail Sabri dikatakan salah seorang daripada 11 nama yang akur dengan Umno jika diminta meninggalkan kerajaan PN.

Hishammuddin pula antara lapan nama yang dikatakan kekal dalam PN dan akan dipecat keahlian dari Umno.