Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah melepaskan jawatan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor yang dipegangnya sejak hampir setahun, berkuatkuasa 1 Mei lepas.
Ismail dalam satu kenyataan hari ini berkata, beliau telah memanggil Mesyuarat Khas Badan Perhubungan Umno Selangor pada 5 April lepas yang melibatkan ketua bahagian serta ketua sayap dan mengumumkan untuk melepaskan jawatan itu, pada 1 Mei.
Katanya, Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan akan memangku tugas pengerusi, sehingga ia diumumkan Timbalan Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden Dato Seri Mohamad Hasan.
“Insya Allah nama berkenaan dijangka akan diumumkan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri akan datang,” katanya.
— BERNAMA