Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
ISN nasihat atlet negara elak risiko koronavirus
Ahmad Faedzal Md Ramli

ISN nasihat atlet negara elak risiko koronavirus

BernamaJanuary 30, 2020 7:00 am




Institut Sukan Negara (ISN) mengingatkan atlet negara yang sedang dan bakal menyertai mana-mana latihan atau pertandingan, sama ada di luar mahupun dalam negara, supaya sentiasa berhati-hati dan mematuhi arahan serta nasihat bagi mengelak risiko jangkitan wabak 2019 Novel Koronavirus.

Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Ahmad Faedzal Md Ramli berkata mereka perlu peka dengan risiko penularan virus itu, dan sentiasa menjaga kebersihan diri serta mengurangkan kontak dengan persekitaran luar dan juga orang ramai.

Beliau berkata bagi atlet yang sedang bertanding atau berlatih di luar negara, mereka dinasihatkan supaya mengurangkan perjalanan ke kawasan lain, kecuali ke tempat pertandingan sahaja.

Susulan beberapa kejohanan peringkat benua dan antarabangsa yang dijadual berlangsung di China, termasuk kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 dibatalkan, beliau meminta atlet untuk merancang semula jadual latihan mereka.

“Ada kejohanan sudah dijadual semula dan ada juga kejohanan dibatalkan terus, bergantung kepada penganjur. Apapun, atlet kena menyesuaikan diri (dengan keadaan semasa) dan ubah strategi mereka untuk mencapai objektif yang ditetapkan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Antara kejohanan kelayakan Olimpik yang dipinda ialah kelayakan tinju dijadual di Wuhan, dari 3-14 Feb yang ditukar ke Amman, Jordan 3-11 Mac; dan bola sepak wanita bermula 3-9 Feb melibatkan China, Taiwan, Thailand dan Australia, yang dipindah ke Sydney.

Selain itu, Kejohanan Olahraga Dalam Dewan Asia di Hanzhou, China (12-13 Feb); Kejohanan Terjun Siri Dunia di Beijing (7-9 Mac); dan perlumbaan basikal Jelajah Hainan (Tour of Hainan) di Kepulauan Hainan di Selatan China bermula 23 Feb hingga 1 Mac, adalah antara kejohanan yang dibatalkan.

Sementara itu, Ahmad Faedzal berkata enam penerjun negara yang akan pulang ke tanah air bermula Ahad ini selepas menjalani latihan di China, akan dibawa ke klinik ISN untuk saringan kesihatan tambahan sebagai langkah proaktif.

“Mereka akan melalui saringan oleh Kementerian Kesihatan seperti dilalui oleh semua penumpang antarabangsa di pintu masuk lapangan terbang. Selepas itu, kita akan membuat saringan tambahan untuk mengenal pasti jika ada simptom seperti demam, batuk dan selesema,” katanya.

Pada masa ini, skuad terjun terdiri daripada ratu terjun Pandelela Rinong, Leong Mun Yee, Wendy Ng Yan Yee, Kimberly Bong dan Enrique Harold sedang berlatih di Sichuan Gymnasium, Chengdu, manakala Juara Dunia 2017, Cheong Jun Hoong menjalani latihan berasingan dengan bekas jurulatih kebangsaan, Yang Zhuliang di Qinhuangdao.

Pandelela dan Mun Yee akan kembali ke tanah air Ahad ini, diikuti Wendy, Kimberly dan Enrique pada 13 Feb, manakala Jun Hoong pula dijangka pulang pada 14 Mac.

Setakat pagi Rabu, 132 kematian dan 5,974 kes koronavirus dilaporkan di China, peningkatan lebih 30 peratus daripada semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada awal pagi ini mengesahkan tiga lagi kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kes yang disahkan di Malaysia meningkat kepada tujuh setakat ini.– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Darurat demi kedudukan Muhyiddin tapi rakyat tambah derita

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Bodek Menteri Pertanian ucap hari jadi, penjawat awam dianggap tiada kerja musim Covid-19

Terkini

Siapa taja serangan terhadap Zahid dalam Umno?

14 meninggal dan 3,631 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini

Bagaimana dunia Islam hadapi Covid-19

PKP seluruh negara, kecuali Sarawak, mulai 22 Januari

Lagi Menteri disahkan positif Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production