Malaysia Dateline

Israel-Amerika Syarikat: Politik provokasi dan kebencian terhadap minoriti

Politik perkauman dan extrimis keagamaan adalah seburuk-buruk jenis pendekatan politik yang merosakkan kemanusiaan dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Siapa menjadi mangsa utama adalah kaum serta golongan agama minoriti di mana sahaja mereka berada. Kerana itulah kita perlu mengawasi situasi tersebut supaya tidak menular di negara kita Malaysia.

Presiden Trump dari Amerika Syarikat terkenal dengan kenyataan serta polisi perkauman yang keras terhadap kaum dan golongan agama minoriti termasuk Islam, golongan dari Latin Amerika dan kulit hitam di Amerika sendiri. Malahan sikap tersebut di kembangkan juga di peringkat antarabangsa.

Beberapa bulan yang lalu Amerika di bawah Presiden Trump telah mengiktirafkan Baitul Maqadis sebagai ibu negara Israel jelas bertentangan dengan ketetapan antarabangsa Bangsa bangsa bersatu- PBB. Ini menambah lagi provokasi dan penindasan ke atas rakyat Palestin yang menjadi kaum minoriti tertindas di bumi mereka sendiri.

Beberapa hari lepas pula Amerika telah mengiktirafkan kawasan pergunungan Golan yang di rampas oleh Israel dari Syria sebagai sebahagian dari Israel. Ini bertentangan dengan penetapan PBB.
Dalam masa yang sama Amerika tidak mengiktiraf tuntutan Crimea oleh Russia yang telah di takluk oleh Russia menunjukkan tidak ada konsistensi polisi nya tetapi berbau diskriminasi terhadap kaum Arab beragama Islam di Timur Tengah dan Palestin.

Trump dan Amerika telah memilih waktu sahabat mereka Presidem Natanyahu dari Israel akan menghadapi pilihanraya umum tidak lama lagi untuk mengumumkan Golan Heights menjadi milik Israel.

Ini adalah untuk membantu Natanyahu dalam piliharaya Israel. Presiden Natanyahu telah dengan cepat berkunjung ke Amerika untuk mengucap terima kasih kepada Trump.

Keputusan ini, selepas baru juga pengistiharaan Baitul Maqdis sebagai ibu Negara Israel,di buat dengan pengetahuan tindakan tersebut akan menimbulkan provokasi kemarahan dari pihak Palestin, pihak jiran Syria dan puak militant penyokong penyokong mereka.

Seperti di jangka keganasan telah meletus dengan cepat di antara Israel dan penentang mereka dari Palestin dengan serangan roket dan pengeboman diantara satu dengan lain dengan kelebihan jauh memihak kepada Israel. Rakyat Palestin tidak bolih menyaingi tentera canggih Israel.

Itulah cara Presiden Natanyahu mengguna politik kebencian berpuak dan perkauman untuk meraih sokongan dan simpati bagi kepentingan politiknya.

Pengisitiharaan provokasi terhadap puak minoriti di buat sebelum pilihanraya supaya tercetus kekacaun bagi keuntungan politik puak majoriti. Rakyat Israel di desak minta bersatu menentang kaum Palestin yang jauh lebih lemah sebagai minoriti.

Inilah cara popular di gunakan di merata dunia hari ini terhadap kaum minorti baik di Amerika, Peranchis, Belanda dan juga Israel bagi tujuan keuntungan politik bagi tujuan mendapat kuasa politik.

Bagaimana pula situasi di Malaysia hari ini ?

Kalau di Amerika, Uropah dan Israel orang Islam menjadi kaum minoriti yang sering di tindas, di Malaysia orang Islam adalah golongan majoriti.

Kita di Malaysia perlu berhati-hati supaya pihak tertentu tidak menggunakan isu politik kebencian Agama dan kaum untuk mereka mendapat kuasa politik.

Saudara saudara Islam kita sering menjadi mangsa di merata dunia dengan politik kebencian Agama dan kaum. Marilah kita lebih berhati-hati dan berwaspada tentang taktik tidak sihat Asobiyah yang di larang ajaran Islam ini.

Pembunuhan adik Raziq yang baru berusia 17 tahun bersama 49 orang lagi umat Islam di dalam Masjid New Zealand adalah contoh insiden kejam yang bolih menimpa kaum minoriti di mana sahaja mereka berada.

Kerana itulah Islam menentang sikap Asobiyyah perkauman dan keAgamaan ekstrim.

Semoga Allah melindungi kita semua dari sikap politik kebencian dan keganasan di mana sahaja kita berada baik sebagai menjadi golongan minoriti atau majoriti di bumi Allah ini.