Israel koyak! Pembaca berita pakai sari seakan warna bendera Palestin dikecam, siap suruh tukar baju lagi

Oleh MAISARAH AISYA

Tular satu temubual yang disiarkan menerusi rangkaian televisyen India, semua gara-gara sikap tidak profesional ahli Pasukan Khas Perisikan Israel, Frederic Landau.

Frederic dikatakan rasa tersinggung selepas melihat Pengarang Eksekutif Mirror Now, Shreya Dhoundial mengenakan pakaian dengan warna terlihat seakan bendera Palestin.

“Saya dapat lihat warna yang awak pakai petang ini dan sebab itu saya sengaja memakai baju warna biru dan putih.

“Dengan segala hormatnya kepada hijau, merah dan hitam yang anda sengaja pakai, biru dan putih akan sentiasa menang,” kata Frederic.

Shreya kemudian membalas komen tersebut dengan memaklumkan bahawa pakaian tersebut adalah sari milik neneknya.

@miey.shafa

israel koyak dgn pakaian reporter india hanya kerana warna pakaian sama dgn warna bendera Palestin

♬ bunyi asal – Miey_Shafa – Miey_Shafa

Lebih mengejutkan dia turut memerli Frederic dengan menyatakan bahawa mendiang neneknya tidak pernah tahu mengenai mengenai konflik Palestin dan Israel.

“Janganlah kita membahagikan warna atas dasar agama. Untuk maklumkan, pakaian yang saya pakai adalah sari nenek saya.

“Jika dia masih hidup, dia berusia kira-kira 105 tahun hari ini. Dia tidak tahu mengenai konflik Palestin dan Israel dan sari ini sama sekali tidak menandakan sebarang sokongan kepada mana-mana pihak,” ujarnya.

Tidak menerima komen balas Frederic yang memintanya untuk menukar pakaian dan tidak mengenakan warna tersebut, Shreya memaklumkan hanya dia layak menentukan aturan hidupnya

“Saya tak akan biarkan awak pilih apa yang saya pakai, apa yang saya nak cakap. Saya akan mengatakan apa yang saya perlu sepertimana yang saya lihat,” ujarnya.

Warna baju sahaja dan boleh naikkan kemarahan orang Israel, patutlah bersungguh dekat media sosial konon jadi ‘mangsa’ kini satu dunia sudah melihat warna sebenar mereka.

Baca juga: Siti Nurhaliza terharu, Kak Lina Pom Pom ‘diam-diam’ derma RM10,000 untuk Palestin