Apabila hidup hanya untuk menunjuk di media sosial maka segala aib turut dimuat naik untuk meraih perhatian ramai.
Namun kadangkala mereka ini tidak sedar bahawa orang di sekeliling merekalah yang akan menjadi mangsa keadaan.
Seorang lelaki meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap isteri yang sering memuat naik kehidupan peribadi mereka di media sosial.
“Aku suami kepada seorang isteri, papa pada tiga orang anak lelaki yang tengah membesar. Aku harap isteri aku baca apa yang aku nak luahkan. dia memang suka baca kisah-kisah orang.
Kadang-kadang sampai ‘meroyan’ bila baca cerita orang, macam dia pula yang jadi mangsa dalam cerita tersebut.
Aku asala dari pantai timur, anak bongsu daripada 11 orang adik beradik. Secara ringkasnya, isteri aku baran dan tak boleh ditegur. Semua benda nak muat naik di media sosial.
Terpaksa aku tebalkan muka dengan kawan-kawan Facebook, lebih-lebih lagi ahli keluarga yang berkawan dengan isteri di media sosial.
Semua benda tak puas hati. Jaga anak merampus. Rakam anak-anak tengah bergaduh dan muat naik dekat Facebook. Rumah bersepah tunjuk kat fb.
Yang dia suka, make up dan jaga badan. Masak langsung tak nak belajar. Buat air untuk tetamu datang rumah pun aku yang kena buat.
Kemudian buat hantaran yang laki dia tak suruh dia masak. Aku tak kisah kalau dia tak pandai masak cuma kenapa bangga jadi perempuan yang tak reti buat kerja rumah.
Aku cuba faham, dia penat kerja, jaga anak lagi. Tapi perlu ke canang yang dia pemalas untuk semua orang tahu. Cukuplad dia dengan aku je.
Aku tak nak desak-desak dia. Aku bagi dia ruang untuk belajar. Fikir sendiri. Jadi macamm isteri-isteri org lain.
Aku pun teringin macam orangg lain. Makan masakan isteri. Sepanjang kami kahwin. Akulah masak dan hidang utk dia. Kalau asyik jaga badan dan muka je. Anak-anak aku tak kenyang.
Kalau bergaduh suami isteri. dia lari dari rumah tinggalkan aku dan anak-anak pastu buat cerita kat FB. Bila semua dah tahu dia muat naik kata dia tak matang dan Allah tutup aib dia.
Tapi dia yang ‘telanjang’kn diri dia di khalayak ramai. Aku harap kawan-kawan dia akan komen yang membina. Jangan buat dia di awang-awangan.
Aku tak berkita daripada semua segi dengan dia. Alhamdulillah rezeki aku murah walaupun SPM tak lulus. Bekerja dengan keluarga sendiri. Tapi lagak dia macam orang kaya, tayang macam-macam.
Serius aku malu. Selalu bandingkan aku dengan orang lain, nak aku jdi begitu, jadi begini. Tapi pernah tak dia terfikir aku juga nak isteri yang mcm org lain tapi aku terima dia seadanya.
Kalau tak kenangkan anak-anak. Tk kenangkan cerai-berai tu banyak pihak yang kena tanggung akibat. Hmmmm. Dah lama dah.”