Malaysia Dateline

Isteri bekas KPN meninggal dunia

Isteri kepada bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, Puan Sri Juriah Ahmad menghembuskan nafas terakhir  di rumahnya pada jam 10.27 malam tadi.

Dalam satu kenyataan rasmi memberitahu jenazah akan dibawa ke Masjid Sultan Abdul Aziz, Seksyen 3  Petaling Jaya pada jam  8 pagi ini bagi tujuan urusan mandi dan kafan.

Dijangka jenazah akan dikebumikan sebelum solat Zohor  di Tanah Perkuburan Islam di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.