Malaysia Dateline

Isteri bekas TYT Sarawak meninggal dunia semalam

Isteri bekas Yang di-Pertua Negeri (TYT) Sarawak, Tun Pehin Sri Abang Mohammad Salahudin iaitu Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Norkiah,72 meninggal dunia semalam.

Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Umum Sarawak sekitar jam 12.00 tengah hari dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang di sini pada jam 5.00 petang.

Ketika hayatnya, beliau sangat terkenal dengan sifat ramah dan rendah diri.

Sebagai pengiktirafan ke atas sumbangannya ke arah pendidikan anak-anak luar bandar, kerja amal dan kebajikan terutama melibatkan anak-anak yatim, sebuah kolej di Sibu dan sebuah rumah anak yatim di sini dinamakan sempena nama beliau pada 2016.

Allahyarhamah mendirikan rumah tangga dengan Salahuddin pada 1996 dan telah mengambil empat anak angkat.