Malaysia Dateline

Isteri nak tuntut fasakh sebab tak larat tanggung suami sakit kronik, keluarga suami orang senang tapi…

Seorang isteri mahu tuntut fasakh kerana tidak larat untuk menanggung nafkah mereka sekeluarga ekoran suami kini menghidap penyakit kronik.

Bagaimanapun menurut isteri ini keluarga mentuanya adalah orang senang namun tidak menawarkan untuk memberi nafkah bulanan kepada beliau dan anak-anak.

Justeru si isteri meminta pendapat peguam syarie terhadap situasi yang dihadapinya sekarang.

“Kalau suami kita sakit kronik, tanggungan nafkah jatuh pada siapa? Adakah isteri tanggung semua atau keluarga suami patut bantu,” soal si isteri dalam kumpulan Facebook Kisah Rumah Tangga.

Menurut si isteri, beliau sudah menanggung suaminya sudah lama sehingga habis harta sehingga mereka cukup-cukup makan.

“Apa simpanan pun tak ada, tapi keluarga suami orang senang, tak ada pun mereka ‘ofer’ nak beri nafkah bulanan.

“Saya patut minta fasakh ke macam ni, saya tak larat sangat anak-anak tak pernah ada simpanan saya seorang sahaja bekerja.

“Mohon pendapat peguam syarian kalau ada,” katanya yang kini sedang tular.