Malaysia Dateline

Isteri peniaga jagung lega YWP beri sumbangan bantu suami hidapi strok

Seorang isteri Roshidah Razak berasa lega apabila tanpa diduga Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) menghulurkan bantuan kilat kepada suaminya yang kini terlantar kerana serangan strok sejak  dua minggu lalu.

YWP salah satu agensi di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan yang prihatin dengan penderitaan dialami Sukri Mansor setelah terlantar strok tular di media sosial pada Isnin.

Tanpa diduganya YWP menyumbangkan sebuah katil khas dan tilam untuk suaminya, Sukri pada hari sama.

Sumbangan itu diserahkan semalam, oleh Ketua Pegawai Eksekuti YWP Zaizalnizam Zainun bagi mewakili Pengerusi YWP Khalid Samad yang juga Menteri Wilayah dalam satu kenyataan. Ini susulan tular daripada pemilik facebook  Kuan Chee Heng yang meminta Menteri WIlayah membantu anak Melayu yang sakit kemudian status itu dikongsi kakak Sukri, Juliana Ishak.

Pasangan suami isteri ini dikurniakan 7 anak yang mana lima anak dibawah jagaannya. Keluarga ini menetap di sebuah rumah sewa di Jalan Hamzah Kampung Baru dengan sewaan RM350 sebulan.

Menurut , Juliana Ishak yang bertanggungjawab menghebahkan keperitan hidup abangnya (berlainan bapa) dan kakak iparnya itu di laman sosial memberitahu, Sukri akan dibawa keluar dari hospital hari ini (Selasa).

“Saya mengharapkan bantuan orang ramai untuk menampung keperluan keluarga abang dan kakak ipar saya. Isterinya (Roshidah) tidak bekerja dan suaminya hanya seorang peniaga jagung ditepi jalan.

“Hari ini (Selasa) saya dan kakak ipar akan bawa suaminya pulang ke rumah setelah dimasukkan ke wad sejak 11 Disember lalu,” ujarnya ketika dihubungi Malaysiadateline hari ini.

Roshidah ketika menerima sumbangan dari YWP semalam, berkata, kini beliau buntu kerana terpaksa mengalas tanggungjawab suaminya sebagai ketua keluarga dan menyara lima orang anaknya.

Bagaimanapun keluarga Sukri  merasa bersyukur apabila YWP  datang menghulurkan bantuan segera buat Sukri, yang mengalami strok sejak 14 hari lalu.

Bagi mereka yang mahu membantu meringankan beban Roshidah sekeluarga boleh berhubung dengan Juliana Ishak di talian: 0192202043