Seorang isteri tertekan kerana suami peminat ketum menyebabkan perangai suami semakin panas baran apatah lagi gajinya pula tidak pernah cukup.
Beliau memberitahu suaminya meminum ketum sebelum mereka mendirikan rumah tangga dengan alasan untuk tenaga lelaki dan untuk bekerja.
Namun katanya, sejak mempunyai anak berusia dua tahun sikap suaminya berubah dengan ketara apabila beliau semakin panas baran sehingga ‘naikkan tangan’ kepadanya.
Luahan hati seorang isteri ini dikongsi oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang turut dikongsi oleh Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.
Beliau meminta orang ramai agar mengambil iktibar daripada luahan hati seorang isteri di mana suaminya peminum tegar air ketum.

Suami saya memang minum ketum sebelum kawin lagi. Alasan dia untuk tenaga lelaki dan untuk kerja.
Sekarang kami sudah ada anak. Anak masuk 2 tahun. Saya nampak perubahan ketara pada suami sejak saya mengandung. Dia semakin panas baran.
Stok ketum tidak pernah putus. Dalam peti sejuk penuh dengan air ketum.
Badan dia semakin susut. Dari size pinggang 40 jadi 36. Boleh nampak tulang dah. Selera makan pun kurang. Dia asyik dengan air ketum. Sy tengok dia minum kalah orang minum air masak. Setiap jam nk kena minum.
Dan sy perasan duit gaji tak pernah cukup. Sy sedih bila nampak mesej kawan dia mintak hutang. Suami beli ketum sampai berhutang. Hisap rokok pun makin kuat.
Duit belanja dapur pun tak bagi. Sewa rumah pun sy bayar. Bila tanya mesti kena marah. Sampai dah nak naik tangan. Sy stress.
Sy tak tahu mcmne lagi nak selesaikan masalah ni. Suami sy pun dan lebih setahun tak sentuh sy. Sy nak semua ni selesai cepat. Anak sy semakin membesar. Sy tak nak anak sy terganggu emosi.
Panjangkan luahan ni. Inilah luahan hati seorang isteri.
Anda yg kaki ketum anda rasa anda sakit jika tak ambil ketum. Tp sebenarnya anda sedang menghancurkan masa depan keluarga anda juga.
Terdahulu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mencadangkan agar ketum dibenarkan dieksport ke negara yang memiliki teknologi penggunaaan daun ketum yang selamat dan bermanfaat, adalah rasional dan wajar dipertimbangkan.
Mempertahankan cadangannya itu, beliau juga membandingkan daun ketum dengan penggunaan internet yang dilihat lebih mudarat.
“Kesan penggunaan internet lebih memudaratkan berbanding mengeksport daun ketum untuk tujuan perubatan termasuk kerosakan terhadap masyarakat akibat melayari laman sesawang di internet didedahkan, namun kenapa penggunaan internet tidak disekat atau diperangi seperti ketum,” soal beliau.
Pada 16 Mac, Muhammad Sanusi mencadangkan kerajaan Persekutuan memberi kebenaran kepada Kedah bagi mengeksport ketum secara sah ke Thailand bagi tujuan perubatan.
Beliau berkata, kerajaan negeri sudah mengarahkan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) melakukan sesi libat urus bersama semua agensi berkaitan dan dapatan terbabit akan dikemukakan kepada kerajaan Persekutuan untuk dipertimbangkan.
Baca juga: