Malaysia Dateline

Isteri TYT Sarawak sampaikan sumbangan sempena Majlis Jalinan Kasih

Seramai 18 penerima daripada golongan kurang berkemampuan dari sekitar Kuching dan Kota Samarahan menerima sumbangan berbentuk barangan keperluan harian semasa Majlis Jalinan Kasih di Astana Negeri, semalam.

Majlis disempurnakan isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib.

Majlis turut disaksikan isteri Ketua Menteri, Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Beliau turut menyampaikan replika cek berjumlah RM3,000 kepada setiap sembilan pertubuhan dan yayasan yang beroperasi mengerakkan aktiviti sukarelawan dan khidmat sokongan sosial kepada komuniti di sekitar Bandaraya Kuching.

Majlis diserikan lagi dengan penyampaian kek hari lahir sempena sambutan hari lahir Toh Puan Raghad daripada kakitangan Astana Negeri.

Selain itu, Toh Puan Raghad juga turut menerima cenderahati hari lahir daripada isteri Ketua Menteri.