Malaysia Dateline

Istilah ketuanan Melayu jelek, tiada dalam perlembagaan, kata Khalid.

Menteri WIlayah Persekutuan Khalid Abdul Samad berkata, istilah ketuanan Melayu yang menjurus kepada satu bangsa adalah satu istilah yang jelek.

Beliau berkata, apa yang termaktub dalam perlembaggan jelas memberikan hak-hak keistimewaaan orang Melayu dan ia tiada kena mengena dengan ketuanan bangsa sebagaimana diperjuangkan Umno.

“Ketuanan bangsa ini seperti apa yang diamalkan di Jerman (Nazi) dan Israel (Yahudi)

“Istilah ketuanan hanya timbul selepas PRUke-12 bila didapati ramai bukan Melayu menyokong pembangkang. Untuk nak lawan sokongan bukan Melayu, diwujudkan istilah ini (Ketuanan Melayu) supaya orang Melayu jangan bersama bukan Melyu.

“Sedangkan dalam perlembagaan dinatakan kedudukan istimewa orang Melayu sehingga memulihara institusi Raja-raja Melayu dan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Tetapi pada masa sama ia tidak menafikan semua rakyat Malaysia mempunyai hak sama dalam perlembagaan,” ujarnya ketika menjawab soalan media berkaitan ketuanan Melayu dan isu ICERD dalam sidang media¬† hari ini.

Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, melalui Dasar Ekonomi Melayu (DEB) yang digubal selepas berlaku peristiwa 13 Mei 1969 jelas bertujuan untuk menghapuskan identiti ras dan fungsi ekonomi ketika itu.

“Bila berlaku peristiwa 13 Mei 1969 kerajaan kenalkan dasar DEB ada yang kata dasar membuktikan ketuanan Melayu tetapi apa yang ditetapkan DEB adalah serampang dua mata untuk menghapuskan identiti ras dan fungsi ekonomi.

“Ketika itu kedudukan orang Melayu di kampung, orang Cina di bandar, orang India di estet. Dasar DEB ini dibentuk agar semua kaum akan dapat manfaat kepada pembangunan.

“Kedua DEB juga betujuan memansuhkan kemiskinan tanpa mengira kau,Jika tengok serampang dua mata. Kita tidak boleh kata DEB adalah dasar menunjukkan ketuanan Melayu kerana ia hanya usaha membentulkan keadaan masyarakat yang tidak seimbang antara kaum dan menyelesaikan masalah kemiskinan tanpa mengira kaum,” ujarnya.

Khalid berkata, DEB adalah satu dasar ‘affirmatif action’, bukan untuk bertujuan menegakkan ketuanan Melayu. Istilah ketuanan Melayu adalah isu baru yang dimainkan Umno semata-mata, katanya lagi.

“Umno rasa terjejas mereka yang mula dengan ketuanan Melayu. Perlembagaan kita telah menjaga kedudukan Istimema orang Melayu dan Perlembagaan kita tiada melakukan diskiriminasi kaum.

“Saya rasa pelik Orang Melayu kata mahu mempertahankan hak kerana diskriminasi antara ras. Diskriminasi ras juga bercanggah dengan ajaran agama Islam itu pandangan saya.

“Islam menolak diskiriminasi ras kerana Islam menengakkan keadilan dan sebagainya bukan berdasarkan kaum.

“Saya tidak akan menyokong mana-mana perhimpuna menentang ICERD,” ujarnya yang juga Pengarah Komunikasi AMANAH.