Malaysia Dateline

Isu 16 Julai: Siapa lebih berkuasa, PM atau KDN kini jadi perdebatan di media sosial

Isu 16 Julai difahamkan penentu kepada permohonan pindaan perlembagaan Umno namun sehingga kini tiada keputusan dibuat, siapa yang lebih berkuasa sama ada Perdana Menteri atau Kementerian Dalam Negeri (KDN) kini menjadi perdebatan di media sosial.

Terkini, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Razlan Rafii kesal dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menurutnya sengaja melengah-lengahkan keputusan pindaan perlembagaan Umno.

Walaupun Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob telah memberikan tarikh tamat kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) 16 Julai lalu, sehingga kini tiada keputusan dibuat KDN berhubung permohonan itu.

Bekas pemimpin PKR Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard menyifatkan Razlan begitu angkuh apabila tiba-tiba memberi ugutan dan amaran kepada ROS.

“Razlan AJK Pusat Umno pusat kecam KDN yang menyelia Pendaftar pertubuhan kerana kononnya Pendaftar Pertubuhan langgar “date line” yang ditetapkan PM.

“Tak tahulah Razlan ni bangang tak faham baca penuh kenyataan PM atau sengaja nak tunjuk hebat bodoh sombong.

“Hakikatnya mana ada PM tetapkan “date line” kepada ROS dan campur tangan dalam isu ROS.

“Pentadbiran Ismail Sabri ialah sebuah pemerintahan yang meletakkan pecahan kuasa pada tempatnya,” katanya yang kini penyokong kepada kerajaan PN.

Terdahulu, Razlan didakwa menuduh bahawa KDN membakul sampahkan arahan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri adalah suatu kenyataan berbentuk fitnah dan jelas dangkal.

“Setiap menteri mempunyai bidang kuasanya sendiri. Demikian juga dengan Perdana Menteri. Lagi pula, PM tidak mengarahkan namun agar keputusan ROS keluar pada 16 Julai lepas.

“Satu lagi kenyataan Razlan menunjukkan kebodohan apabila dia menyatakan ROS bawah KDN di mana menteri Hamzah Zainudin konon salahguna kuasa.

Isu 16 Julai: Siapa lebih berkuasa, PM atau KDN kini jadi perdebatan di media sosial
Pindaan perlembagaan Umno masih tiada keputusan

“Bila bukan saja Umno pun bermasalah malah Pejuang dan MUDA juga terpaksa guna mahkamah untuk kelulusan.

“Untuk pengetahuan Razlan sebelum ini Parti Sosialis Malaysia pernah lawan untuk dapat pendaftaran hingga 10 tahun dan hanya dapat pendaftaran melalui proses mahkamah,” katanya.

Justeru, beliau berkata adalah wajar pihak ROS sangat teliti sebelum mengeluarkan sebarang keputusan tambahan pula ROS telah meminta beberapa dokumen tambahan seperti di maklumkan oleh Ahmad Maslan.

Katanya, krisis ini berlaku adalah kerana kelemahan Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan, beliau tidak cekap dalam mengelola urusan dasar dan pentadbiran Umno itu sendiri.

“Maka, kini Umno itu sendiri berdepan dengan indikasi pentadbiran nahtijah caca merbanya pengurusan oleh para “care taker” jawatan,” katanya.

Baca juga: Kecoh parcel dilelong tanpa kebenaran, rupanya kurier ada hak lelong jika tidak dituntut lebih 6 bulan?

Baca juga: Tragis di hari bahagia, wanita maut terkena peluru sesat