Malaysia Dateline

Isu 22 cabutan khas: Hujah YB makan tuan

Apabila YB Senator Menteri Kewangan Gomen Tebuk Atap Gagal 2.0 secara terang mengesahkan gomen gagal depa memberi kebenaran kepada semua syarikat ramalan untuk melaksanakan 22 cabutan khas sepanjang 2021, nampaknya yang benar-benar tertekan adalah parti ehem.

Umno dan Bersatu – walau dikira parti Melayu/Islam nampak steady saja. Tak nampak any sign pun nak bela parti ehem yang sedang teruk ‘digulai’.

Umno dan Bersatu seolah-olah mahu Menteri dan Timbalan Menteri Agama parti ehem khususnya menjawab isu tersebut. Tapi setakat ni saya tidak nampak mereka menjawab.

YB Duta Khas yang juga presiden parti depa pun senyap.YB Menteri MEWA yang juga Timbalan Presiden parti ehem juga kunci mulut. Ketua Dewan Ulama parti itu yang kini jadi Timbalan Menteri pun tidak bersuara.

Dalam perbahasan titah Diraja ada beberapa MP parti ehem memulakan perbahasan depa dengan baca ayat Al-Quran. Antaranya mantan YB yang jaga kelapa sawit.

Tapi bukan baca ayat haram judi. Ayat lain.

Tup tup PJ Perak parti ehem bersuara. Ok ke? Jawabnya KO. Berjaya bela parti ehem? Jawabnya berjaya tapi berjaya makin memualkan orang pada parti itu.

Beliau dilapor berkata, “saya percaya keputusan ini bukan dibuat oleh pihak Pas kerana Pas tidak berkuasa penuh dalam kerajaan… ”

Ya, betul parti ehem tidak berkuasa penuh dalam Gomen Tebuk Atap. Parti lain seperti Umno dan Bersatu pun, jika dia lupa, pun tidak berkuasa penuh dalam Gomen itu.

Cuma pemimpin mereka pun tahu mereka tidak akan sama sekali berani guna hujah “bola lambung” free tu! Hanya parti ehem yang berani. Tabiklah.

Saya rasa anak bongsu saya pun insyaAllah boleh dengan mudah jawab hujah PJ Perak tu. Oleh kerana anak saya tu minat bola dan peminat Manchester City, dia faham konsep tanggungjawab bersama dalam team bola bila team depa menang atau kalah. Tapi awal-awal dia akan respond pada hujah itu “OMG, what the heck?”

Saya tidak pasti PJ Perak tahu atau faham tidak ilmu asas dalam Kabinet iaitu konsep “collective responsibility”. Saya assume dia faham cuma dia terlupa kot.

Anyway, good try YB but very very poor delivery! Telah banyak bukti parti ehem makin mengarut. Cuma tidak pasti sampai tahap mana depa akan terus istiqamah mengarut tu?