Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Isu air minuman tercemar bakteria dalam siasatan

Isu air minuman tercemar bakteria dalam siasatan

Oleh BERNAMAJune 30, 2019 7:00 am




Siasatan sedang dijalankan ke atas air minuman dalam botol dari sebuah syarikat pengeluar Malaysia yang dilarang masuk ke Singapura kerana didapati mengandungi bakteria.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata lebih banyak maklumat diperlukan untuk melakukan siasatan dan kementerian mendapati pengeluar berkenaan turut mempunyai beberapa produk yang dijual di pasaran tempatan.

“Kami perlukan lebih banyak maklumat mengenai produk berkenaan, kelompok mana yang terjejas dan punca masalah. Jika produk yang dijual di pasaran tempatan terjejas, kami akan memanggil balik produk berkenaan, “ katanya dalam satu sidang akhbar di majlis makan malam Persekutuan Persatuan Penjual Sayur-Sayuran dan Pemborong Sayur-Sayuran Kuala Lumpur, malam tadi.

Awal hari ini, Agensi Makanan Singapura (SFA) berkata import kesemua air minuman dan air mineral dalam botol daripada pengeluar itu tidak dibenarkan, dengan serta merta selepas ia mengesan Pseudomonas aeruginosa, sejenis bakteria yang selalunya ditemui pada najis, tanah, air dan kumbahan buat kali kedua.

Lee berkata jika didapati bersalah, tindakan wajar akan dikenakan ke atas pengeluar terbabit mengikut Akta Makanan 1983.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan sedang bekerja sama rapat dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menggalakkan semua industri berkaitan untuk menggunakan sistem jejak dan kesan bagi memastikan produk makanan adalah suci dan selamat.

“Dengan sistem jejak dan kesan, kami boleh memastikan proses pengagihan produk makanan, daripada pembungkusan ke logistik sehingga penghantaran adalah selamat.

Daripada sistem itu, sekiranya ada masalah tentang kebersihan berlaku, kami perlu memanggil balik untuk melihat di mana produk itu telah pergi dan pasaran atau cawangan mana dan dari sana kami boleh mengesan puncanya,” kata beliau.

Beliau berkata sistem jejak dan kesan juga penting untuk perniagaan eksport makanan yang mana negara lain menerima makanan dari Malaysia, selain sebagai satu garis panduan bagi memastikan produk yang dikeluarkan adalah selamat.

— BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Terkini

Rakyat kecam Muhyiddin ulang apa yang dibentang dalam Belanjawan 2021

Covid-19: Lagi 3,306 kes baharu, 38,791 kes aktif

Isu kartel daging: SPRM tahan reman 8 suspek, panggil 27 saksi

Muhyiddin anggap impak PKP terhadap ekonomi masih terkawal

Covid-19 hampir setahun tapi Menteri Pendidikan masih buat kenyataan saat akhir

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production