Isu air Simpang Renggam belum selesai

Isu air Simpang Renggam belum selesai

Perintahan sudah bertukar dari Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan (PH) namun apa yang mahu dilihat oleh penduduk Simpang Renggam belum terlaksana.

Sebelum ini isu air di Simpang Renggam telah menimbulkan suatu polemik yang membuatkan bekas pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menerima kesan sehingga tewas di Parlimen tersebut.

Menurut Naib Ketua Parti Amanah Negara (AMANAH) Simpang Renggam, Ahmad Maulana Stat, 61, berkata permasalahan air masih lagi belum selesai di sini.

Katanya lagi, isu ini telah berbangkit lama tanpa ada perhatian dan hanya janji-janji yang ditaburkan oleh pihak tertentu seperti ahli parlimen sebelum ini sahaja.

“Penduduk masih menanggung permasalahan bekalan air terputus yang kerap. Sebelum ini isu air telah dibangkit dengan begitu lama namun sehingga hari ini masih belum ada penyelesaian.

“Kita sudah mengenal pasti punca bekalan air terputus ini adalah berpunca dari pencemaran air sungai di sekitar Simpang Renggam.

“Dan perkara ini telah pun kita isukan sehingga pengerusi SPAN sebelum ini tewas di parlimen ini. Ia menggambarkan bahawa peri pentingnya isu ini diangkat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ahli Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) itu telah membawa perkara ini kepada pihak berwajib seperti MDSR bagi menangani isu ini.

Namun sehingga hari ini menurut beliau, perkara tersebut masih belum berkesudahan dan beliau mengharapkan agar pihak kerajaan baharu untuk menyelesaikan segera permasalahan ini.

“Saya akan menggunakan apa saja saluran bagi membawa isu ini agar memenangkan rakyat. Kita akan membawa isu ini ke peringkat pimpinan PH di Johor.

“Harapan kami adalah permasalahan ini dapat diselesaikan dengan segera agar keselesaan terhadap penduduk di sini dibela,” ujarnya.

8.5
OVERALL SCORE
: 8.0
1 user vote x 9.0
CATEGORIES
TAGS