Malaysia Dateline

Isu banjir, nota peribadi – Bahagian 3

Hari Kedua.

1. Pada hari kedua jadual saya ke Sepang sepatutnya bermula selepas saya menghadiri sebentaq upacara perasmian Konvesyen Parti Amanah Negara pagi itu di Shah Alam. Badan dah mula rasa nak demam.

Dalam jam 7.30am, ketika saya sedang bersiap-siap untuk ke Shah Alam, saya menerima pesanan WA bahawa Konvesyen Tahunan Amanah ditangguhkan kerana meraikan para mangsa musibah banjir.

2. Maka, saya terpaksa menjadualkan semula program saya untuk hari minggu itu. Saya meminta pegawai saya untuk membawa saya ke Sepang dalam jam 10 pagi. Dia bersetuju.

Bagaimanapun, dalam jam 9.30 am, saya dikhabarkan rumah pegawai yang ingin pick up saya pula dilanda banjir. Dia tidak dapat pick up saya.

Seorang lagi pegawai pula sedang demam panas. Pegawai yang ketiga pula sedang sibuk membantu abang beliau – pun isu banjir. Ada pula pegawai saya yang terperangkap di dalam kawasa banjir. Ada pula yang sedang berada di luar kawasan.

Saya berkata dalam hati “Maybe tak dapat ke Sepang kot today!”. Agak kecewa tapi masih redho.

3. Tup-tup, ketika saya sedang bersarapan pagi di rumah, isteri saya habaq “Bang, Wan akan sampai dalam 3 minit lagi to pick u up!”. Wan adalah pegawai saya yang sedang demam itu.

Saya terus bersiap untuk ke Sepang. Di dalam kereta, saya persoalkan Wan awat dia pi ambil saya sedangkan dia sedang demam!. Dia habaq kat saya “Tak pe YB dah makan ubat! Lagipun, rasa bersalahlah YB, tak tolong mangsa banjir!”.

I was speechless. Alhamdulillah para anggota team saya seperti Wan ini amat suka lakukan kerja kerja kebajikan. No, mereka dah macam ketagih!

4. Kami terus ke Pekan Dengkil. Takungan air banjir ibarat sedang menakluki pekan Dengkil. Banyak jalan di Sepang yang ditutup. Accessibility boleh dikatakan terlalu lemah.

Di Dengkil, usaha-usaha menyelamatkan para mangsa yang terperangkap sedang giat diusahakan. Jumlah pemerhati yang bersimpati agak ramai juga dan mungkin lebih ramai dari penyelamat!

Yang jelas peralatan untuk kerja-kerja menyelamatkan amat amat mendukacitakan. Para petugas berusaha dengan gigih dengan prasarana penyelamatan yang bagi saya boleh dikatakan sekadaq “bare minimum”. Misalnya kekurangan perahu atau bot penyelamat.

Seolah olah semacam tidak ada persiapan langsung untuk menghadapi musibah besaq ini. Mungkin kah begitu?

Ramai mangsa yang menghubungi team kami dan pihak-pihak lain untuk dihantaq makanan kepada depa.

Alhamdulillah dapat disediakan tetapi mengalami kesukaran yang amat sangat untuk dihantaq dan diserahkan kerana tidak ada accessibility ke lokasi para mangsa tersebut. Rasa agak hiba dan kecewa.

5. Setelah menunggu beberapa jam, kenderaan team saya yang membawa makanan dan peralatan-peralatan tertentu untuk dibekalkan ke pusat penempatan banjir di Sekolah Menengah di Dengkil sampai.

Kami mula mengedarkan pek makanan dan barangan lain itu kepada Timbalan DO Sepang di situ.

Saya juga sempat berjumpa dan berbincang dengan tuan DO Sepang sendiri. A nice guy.

Dia habaq kat saya yang semalam dia sendiri terperangkap dalam banjir di Shah Alam.

Dia juga habaq kat saya “YB, you got a good team lah!”. Saya jawab “Alhamdulillah tuan..dan insyaAlllah we will work together tuan DO!”

Team kami juga membantu membawa barangan JKM seperti khemah dan tolong pasangkan sekali. Alhamdulillah di Sepang hubungan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sepang dengan hampir semua agensi Kerajaan – Pusat dan Negeri-agak baik.

Bersambung insyaAllah.