Malaysia Dateline

Isu Banjir -Personal Note -Part 11

Seperti saya habaq dalam siri ke 10, pada malam Krismas, ada pasangan lelaki dan wanita dari gereja di Dengkil yang datang berjumpa team kami untuk minta bantuan kami sediakan 28 bungkus makanan untuk diagihkan pada insan yang berlindung di gereja itu kerana banjir.

Kami rasa happy untuk membantu. Dan mereka juga, sebagai timbal balas atau ” a symbol of gesture” serah pula kepada kami beg yang berisi makanan juga.

Betapa indahnya jika religious tolerance dihormati!

Di sebelah pagi pada 25/12/2021 , selepas bermalam di markaz Tok Lan di Kg Labu Lanjut, saya balik sebentar ke rumah dan keluar semula ke beberapa lokasi banjir di Sepang dalam sekitar jam 11 pagi.

Bungkusan makanan untuk diagihkan pada insan yang berlindung di gereja itu kerana banjir.

Oleh kerana isteri dan dua anak perempuan saya pun nak ikut sekali untuk merasai pengalaman menolong para mangsa banjir, saya alu-alukan kehadiran mereka.

Anak bujang saya-yang sedang cuti semester- pula sibuk buat kerja- kerja pembersihan pasca banjir dengan kawan-kawan dia di beberapa lokasi sehingga ke Pahang.

Dua anak lelaki saya-yang bongsu dan kedua bongsu-pula kena jaga rumah AKA pesta main game puas-puas dan tengok bola hingga dinihari tanpa ada yang ganggu…layannnn..make sure, mak dia habaq jangan tinggal solat!

Pagi krismas itu, awalnya saya dan team pergi ke beberapa kedai letrik di Nilai untuk beli beberapa peralatan letrik sebab ada permintaan dari mangsa banjir.

Alhamdulillah ada juga beberapa sahabat saya dari luar Sepang yang juga sedekah barangan letrik, dapur gas, tilam dan toto.

Ada juga yang sanggup bank in walau hanya RM100. Kesedian nak membantu itu yang mengharukan. Alhamdulillah. May Allah bless them all!

Maaf, ada juga bila saya WA minta bantuan SOS, WA pun tak berbalas. Mungkin depa sibuk dan saya tak rasa depa tak mahu tolong. Dan kami juga faham ekonomi pun sedang teruk. No worries.

Anyway, we move setakat yang ada dan yang kami mampu..i told my team “team kita ni ibarat kanak-kanak Palestine yang tetap bersemangat pertahankan bumi Palestine walau hanya dengan berbekal batu kecil”. Never despair!

Selepas mendapatkan item yang dikehendaki, team kami yang dari Nilai menghubungi sdr Anas-juga ahli team kami-untuk datang ke dua lokasi di Lembah Paya, Kg Salak.

Antara makanan yang disumbangkan kepada mangsa banjir

Kami minta Anas datang bawa toto dan comforter dan barangan-barangan lain yang mangsa banjir minta.

Sebenarnya, beberapa hari sebelum itu kami dah pun datang melawat ke lokasi itu. Jadi, pada pagi hari ke-8 ( 25/12/2021 ) itu adalah lawatan susulan kedua dengan kami bawa item atau barangan yang berbeza sedikit.

Di lokasi pertama di Lembah Paya,sepasang suami isteri warga emas yang agak uzur yang pohon agar kami bekalkan kipas angin dan tilam.

Pagi itu kami hanya dapat bekalkan kipas angin dahulu.Tilam kami cadang nak beli esok. Hajatnya nak cari tilam yang elok sikitlah jika boleh sebab mereka hanya tidur di atas katil beralas selimut yang agak usang dan agak nipis.

Anak perempuan saya tak lekang ” berzikir”..”ma kesiannya !”

Bohonglah jika kami tak sedih kan!!!

Di lokasi kedua di Lembah Paya, Kg Salak, team kami mengedar beberapa barang keperluan yang dipohon.

Semasa banjir melanda air naik agak tinggi juga di lokasi ini. Depa tinggal di deretan rumah sewa.

Ada kakak yang merupakan salah seorang penyewa di situ dan rumahnya juga dinaiki air, habaq kat saya ” YB, saya sokong PH!”. Saya hanya senyum.

Jujurnya, sejak hari pertama saya menjadi MP di Sepang, saya tak begitu ambil pusing soal rakyat di Sepang nak sokong apa dan sokong siapa ?

Bagi saya itu hak demokratik asasi depa yang saya kena hormat.

Bila berbicara soal memberi khidmat di Sepang, inshaAllah saya cuba sedaya upaya untuk berkhidmat kepada semua golongan -tak kira bangsa, agama, keturunan, jantina, pendirian politik mereka dan lain-lain.

Hatta jika mereka tidak ada agama sekalipun tetapi jika depa layak dibantu, inshaAllah saya dan my team akan cuba bantu. Itu pendirian saya dari awal.

Seperti kata Syaidina Ali كرم الله وجحه dalam suratnya kepada Abd Malik Al-Asytar r.a.

“rakyat anda itu sama ada depa adalah saudara anda sesama agama atau saudara anda sesama kemanusiaan …!

I am trying my best to heed his advice inshaAllah.

Bersambung esok…inshaAllah.