Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Isu bazar Ramadan Jalan Raja akan ditangani

Isu bazar Ramadan Jalan Raja akan ditangani

BernamaMay 16, 2019 7:00 am




Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad memberi jaminan bahawa isu berkaitan pengudaraan dan banjir kilat di bazar Ramadan Jalan Raja di Kuala Lumpur akan ditangani.

Beliau berkata keadaan lembap di bazar itu sedang ditangani selepas perbincangan dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan dan langkah-langkah termasuk memasang penyaman udara di khemah.

Khalid Samad

Khalid Samad

Mengenai banjir kilat semalam, Khalid ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama kakitangan Perbadanan Putrajaya berkata ia disebabkan oleh halangan dalam pengaliran air dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengatasinya pada Rabu

Mengenai dakwaan oleh penduduk Jalan Abdullah, Bangsar bahawa pemaju hartanah SP Setia Bhd menceroboh kawasan kediaman mereka walaupun syarikat itu tidak memiliki tanah di Jalan Abdullah, Khalid berkata kementeriannya telahpun mengarahkan SP Setia untuk mengemukakan pelan pembangunan mereka.

SP Setia dilaporkan terlibat dalam pembangunan utama bercampur di Bukit Persekutuan, yang terletak berdekatan dengan Jalan Abdullah.

Menurut Khalid, tanah di Bukit Persekutuan telah diberikan sebagai “land-swap” apabila SP Setia membina kemudahan kesihatan di Setia Alam, Shah Alam dan sebagai gantian, diberikan tanah itu.

“Kementerian sedang menunggu pelan reka letak yang dikemukakan oleh SP Setia dan akan memastikan bahawa semasa memenuhi kewajipan untuk mematuhi perjanjian itu, ia juga perlu mengambil kira kebimbangan penduduk,” kata beliau.

Sementara itu, Khalid berkata Kementerian Wilayah Persekutuan meluluskan peruntukan RM86,000 kepada tiga masjid, 14 surau Jumaat dan 53 surau di Putrajaya bagi menambahbaik kemudahan.

Sumbangan itu diserahkan mengikut kategori iaitu RM3,000 bagi masjid, RM2,000 untuk surau Jumaat dan RM1,000 bagi surau.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Terkini

Hebat Muhyiddin hanya 13 kerusi PN mampu takluk Johor

COVID-19: Kes baharu terus melonjak terkini 4,008 kes

Pakej Permai: Kerajaan patut jadikan kos ujian saringan Covid-19 mampu milik

PN gagal lonjakkan ekonomi negara

Pengguna tak puas hati KPDNHEP cuba nafi harga minyak masak naik

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production