Malaysia Dateline

Isu gangguan air di Selangor: Dedah identiti pensabotaj

Saya penuh yakin Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan negeri Selangor mendengar dan peka dengan rintihan, kritikan pedas dan tajam dan kekecewaan di atas kekerapan gangguan air di Selangor khususnya kebelakangan ini.

Saya juga selaku sebagai salah seorang pengguna air di Selangor. Saya juga rasa kecewa dan marah kerana saya dan keluarga saya juga menjadi sebahagian mangsa ketiadaan air itu kerana tinggal di kawasan yang terjejas tersebut. Ya, ianya amat perit dan sukar termasuk sejak petang semalam hingga ke saat ini.

Saya tidak mahu bersifat defensive tapi saya yakin bahawa dalam keadaan terlalu banyak insentif yang diperkenalkan oleh kerajaan PH di Selangor bagi membantu rakyat tanpa mengira latar belakang politik mereka, saya tidak fikir kerajaan PH Selangor sengaja membiarkan masalah ini berlaku. It just does not make any sense. It is highly illogical and unthinkable.

Sebab itu apabila kerajaan negeri Selangor menyatakan ianya disyaki satu tindakan sabotaj, saya rasa ianya satu teori yang munasabah, semarah mana pun saya.

Namun, saya sangat berharap kerajaan negeri Selangor kena dan perlu mencari jalan yang segera dan formula yang berkesan untuk mengatasi masalah ini dengan kadar segera.

Saya yakin kesabaran rakyat semakin tipis dan kami sebagai wakil rakyat juga dijadikan “the punching bag” walaupun kami juga “part of the victims”!

Ya, fenomena gangguan bekalan air juga kerap berlaku di negeri-negeri lain dan mungkin lebih teruk lagi hatta isu kualiti air yang sangat teruk juga berlaku.

Namun, memandangkan Selangor dianggap negeri yang maju, secara relatif, rakyat Selangor agak sukar menerima realiti gangguan air ini. This is the price we have to pay/endure living in a developed state.

Seperti dikatakan, saya tidak mahu bersifat defensive dan mengambil kira roh demokrasi, sebagai salah seorang pemimpin PH, kami bersedia dikritik sepedas atau setajam mana pun.

Cuma izinkan saya kongsi di sini mesej yang disampaikan kepada saya seperti berikut:

“Efluen industri berwarna merah dimasukkan secara haram oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ke dalam paip pembetungan dan menganggu tugas loji rawatan kumbahan IWK”.

Saya bertanya “How the culprit managed to do?”

Jawapan yang saya terima:

“Masukkan dalam paip pembentungan.. can be by removing a sewer manhole anywhere and pump the effluent there. That will lead to the IWK Treatment Plant. Industrial effluent memang biasanya tidak masuk sewer pipe.. done intentionally..”

Jika benar ia adalah tindakan sabotaj, moga Allah mendedahkan identiti pensabotaj tersebut untuk diadili seberapa segera. Amin.

*HANIPA MAIDIN merupakan Ahli Parlimen Sepang dan Ahli Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional.