Malaysia Dateline

Isu jamak qasar dan sikap agamawan

Sejujurunya saya kecewa dengan sikap asatizah dan agamawan pada hari ini. Dalam bab Ikhtilaf yang masih diraikan seperti jamak qasar, laju saja kita react seolah-olah pandangan itu salah walhal pandangan Dr Abdul Basit itu bertepatan dengan pandangan fuqaha(dengan dhawabit syarat tertentu) berkaitan jamak ta’khir di rumah.

Malangnya benda yang tiada khilaf berkaitan yang melibatkan sumber agama, seperti dakwaan bahawa perawi hadith yang tsiqah mungkin boleh menipu, kita diam sahaja. Itu isu lebih besar sehingga liberal, pro Syiah dan musuh islam turut masuk campur.

Dalam bab jamak yang Dr Abd Basit sebutkan, ini relevan dengan suasana masa kini. Bahkan hal ini ada juga disebutkan oleh beberapa fuqaha.

Sebelum pergi lebih panjang, qaul muktamad mazhab syafie jamak dilakukan hanya disebabkan dua perkara:

– Safar yang panjang bukan perjalanan maksiat
– Hujan dengan syarat tertentu.

Namun terdapat beberapa ulamak dalam mazhab syafie mengharuskan jamak jika ada masyaqqah kesulitan tertentu tetapi jangan dijadikan adat kebiasaan.

Contohnya, jika kita naik bas, jika waktu bertolak jam 1pm dan sampai stesen bas pukul 6 pm. Bas pula tidak berhenti langsung. Apabila sampai di stesen bas pada jam 6 petang itu pula memang stesen bas terletak dalam kawasan qaryah kita.

Maka dalam situasi ini kita boleh melakukan jamak di ta’khir walaupun di rumah disebabkan masyaqqah. Imam Taqiyuddin al-Hisni yang merupakan ulamak mazhab syafie berkata:

بل ذهب جماعة من العلماء إلى جواز الجمع في الحضر للحاجة لمن لم يتخذه عادة وبه قال أبو إسحاق المروزي ونقله عن القفال وحكاه الخطابي عن جماعة من أصحاب الحديث واختاره ابن المنذر من أصحابنا

“Sebahagian ulamak membenarkan jamak ketika di rumah sekiranya mempunyai hajat dengan syarat tidak dijadikan sebagai adat kebiasaan. Abu Ishak Al-marwazi yang bersama pandangan ini menukilkan daripada Qaffal. Al-Khattabi menghikayatkan pandangan ini daripada beberapa ulamak hadith. Ibn Munzir (ulamak mazhab syafie) memilih pandangan ini ”
[Kifayah al-Akhyar, Imam Taqiyuddin al-Husni. halaman 145]

Ini pula petikan Imam Nawawi dari Minhaj Syarah Sahih Muslim.

‏وذهب جماعة من الأئمة إلى جواز ‏الجمع في الحضر للحاجة، لمن لا ‏يتخذه عادة. وهو قول ابن سيرين، ‏وأشهب من أصحاب مالك، وحكاه ‏الخطابي عن القفال، والشاشي الكبير ‏من أصحاب الشافعي عن أبي إسحاق ‏المروزي، عن جماعة من أصحاب ‏الحديث، واختاره ابن المن

Bahkan pandangan ini juga ada dalam kitab Bughyah al-Mustarsyidin karya ulamak mazhab syafie. Kitab ini mengumpulkan beberapa fatwa atau pandangan tidak muktamad dalam mazhab syafie tetapi relevan digunakan.

Kita bermusafir naik bas travel balik rumah yang jauh bukan selalu pun, jadi jika dalam keadaan driver bas tidak berhenti masih boleh saja jamak di rumah dengan syarat tidak dijadikan adat kebiasaan.

Benda ikhtilaf fiqh yang masih diraikan kita komen macam salah besar, tapi benda yang lebih utama berkaitan usul agama kita diamkan.

Sejujurunya saya kecewa dengan sikap agamawan seperti ini.