Isu jenayah Pedofilia

Isu jenayah Pedofilia

Penangkapan dan penghukuman Richard Huckle patut menimbulkan kerisauan yg tinggi di Malaysia.

Daripada 191 mangsanya, 22 daripadanya adalah anak anak kecil Malaysia. Dia mengakui 71 kesalahan di lakukan di Malaysia semasa menyamar sebagai ahli pekerja sukarela, pelajar dan juga sebagai jurugambar.

Beliau telah dikenakan kesemuanya 22 hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah Britain.

Masalahnya mengikut undang undang Britain, beliau yang kini berumur 30 tahun boleh bebas pada umur sekitar 50 tahun !

Apa yang penting ialah rakyat Malaysia mesti di beri maklumat dan pengajaran bagaimana hendak mengesan dan mengenali pedofilia saperti Richard Huckle.

Kini terlalu sikit maklumat dalam pengetahuan masyarakat umum Malaysia tentang profile pedofilia yang memperkosa anak anak kecil.

Kerajaan dan NGO patut meningkatkan lagi maklumat tentang pedofilia di kalangan ibu bapa serta kanak kanak supaya insiden insiden yg tercela ini bolih di halang.

Hukuman yg lebih berat juga mesti di adakan sebagai langkah meghalang pedofilia dari terus mengganas di kalangan masyarakat tempatan.

Dalam zaman internet dan pegerakan bebas antarabangsa, bahaya ancaman pedofilia akan menjadi lebih ketara dan berleluasa.

Raja Bahrin Shah. adalahPengerusi Biro Antarabangsa, Parti Amanah Negara.

TAGS