Malaysia Dateline

Isu Kampong Bharu kembali, nama Khalid Samad dan PH dipetik

Isu Kampong Bharu hari ini hangat diperkatakan semula apabila kira-kira 20 penduduk Kampung Sungai Baru, Kampong Bharu diarahkan untuk mengosongkan unit mereka.

Penduduk Kampung Bharu yang terlibat mula berkumpul dan keluar ke jalan-jalan raya bagi membincangkan nasib mereka.

Apatah lagi mereka meminta kerajaan campur tangan kerana pampasan yang diberikan sebanyak RM250,000 atau RM400 sekaki persegi terlalu rendah.

Dengan pampasan sebanyak itu didakwa sukar untuk penduduk mendapatkan rumah berharga RM250,000 di Kuala Lumpur, apatah lagi ramai yang menganggap tindakan itu membebankan kerana usia mereka selain tidak bekerja untuk memulakan hidup baharu.

Pengambilan tanah di Kampung Bharu dibuat melalui Akta Pengambilan Tanah 1960.

Penduduk diarah mengosongkan unit mereka bagi memberi laluan kepada projek pembangunan semula kawasan itu menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 yang dihantar kepada mereka serta notis di dinding-dinding rumah.

Pembangunan semula yang dirancang itu melibatkan kawasan penduduk yang menetap di dua jenis kediaman, iaitu Flat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan rumah di tanah persendirian.

Berikutan itu, para netizen mula bertanya di mana para pejuang Kampung Baru, malah ada yang membangkitkan propaganda Umno BN semasa zaman Pakatan Harapan di mana wang pampasan penduduk perlu ikut harga pasaran.

Mereka juga mula berkumpul di tepi-tepi jalan bagi membincangkan nasib mereka.

“Hari ni, penduduk Kampung Baru dapat tawaran terlampau jauh daripada yang dijanjikan. Daripada RM3,000 bak kata Najib Razak, Kerajaan BN hari ini hanya tawarkan lebih kurang RM400 skp.

“Jauh lebih rendah dari tawaran Kerajaan PH dulu iaitu RM1000.

Notis yang ditampal di dinding-dinding rumah penduduk dengan menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960.

“Lagi teruk lagi, penduduk diberi notis singkat untuk berpindah hingga mereka buat bantahan. Demikianlah pejuangan pemimpin-pemimpin kuat spin sebegini.

“Katanya pejuang bangsa. Patutlah rizab tanah Melayu hanya tinggal 12% sahaja. Dulu semua dijadikan modal, sekarang nampak belang hidungnya terlondeh jua,” kata Liyana Marzuki.

Malah ada yang membangkitkan usaha Menteri Wilayah Persekutuan Kerajaan PH Khalid Samad bagi menyelesaikan isu Kampung Baru dengan menawarkan RM1000 kaki persegi.

Namun, ketika itu Annuar Musa dan Najib Razak yang mengatakan jumlah itu terlalu rendah, sepatutnya RM3000 kaki persegi sehingga mendakwa Khalid adalah broker.

Bagaimanapun setelah kerajaan bertukar pejuang ini dilantik menjadi menteri pula mengatakan kerajaan tidak mempunyai wang untuk membayar RM3000 kaki persegi.

“Begitu laa rakyat kena tipu berulang kali. Abe Jal xfaham dengan sesetengah orang Melayu ni, yang kau orang masih percaya pada manusia-manusia yang telah pun lama diberi peluang ni kenapa?

“Kalau betul mereka nak tolong, peluang ruang, masa dah lama mereka dapat. Tapi Kg Baru macam tu laa jugak,” kata Shahrizal Kamal di Facebooknya.

Ramai dalam kalangan netizen mula berkongsi kronologi bagaimana Pakatan Harapan berusaha menyelesaikan isu Kampung Baru KL selepas mengambil alih kerajaan pada 2019.

● Jan 2019 : Kerajaan PH tawarkan RM850 Kaki persegi , BN bantah kata rendah .Hasut Penduduk Kata Sepatutnya RM3000 kaki persegi .

● Mei 2019 : Kerajaan PH up lagi belian RM1000 kaki persegi. BN Pas bantah kata masih rendah. Konon itu tanah melayu.

● Jun 2019 : BN kata harga tersebut sepatutnya RM3000 bukan RM1000 kaki persegi .

● Mac 2020 : Pertukaran Kerajaan Lompat Parti Langkah Sheraton. PN ambik alih bersama BN .

● Ogos 2020 : BN kata tiada pembelian RM1000 kaki persegi seperti tawaran PH atas sebab-sebab tidak dinyatakan.

● Sept 2020 : Penduduk Kg Baru terkejut PN BN tak tawarkan RM3000 seperti dicanangkan sebelum ini .

● Dis 2021 : Penduduk Kg Baru Berdemo Bantah arahan perpindahan dan pengambilan tanah dengan harga murah sekitar RM400 kaki persegi.