Malaysia Dateline

Isu MAIS: Khalid bebas pertuduhan Akta Hasutan

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini melepaskan dan membebaskan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, daripada pertuduhan mengeluarkan kenyataan menghasut berhubung kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada 2014.

Hakim Rohatul Akmar Abdullah, membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan ‘prima facie’ di akhir kes.

Mahkamah memutuskan bahawa ucapan Khalid di lobi Parlimen pada 17 Jun itu tidak melanggar sempadan dan tidak berbaur hasutan.

Khalid, 60, didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda, jika sabit kesalahan.