Isu Malaysia-Korea Utara: Utamakan diplomasi, kata MP

Isu Malaysia-Korea Utara: Utamakan diplomasi, kata MP

Parti Amanah Negara (Amanah) meminta kerajaan memberikan taklimat khas mengenai isu Malaysia-Korea Utara kepada semua ahli parlimen agar pembangkang boleh membuat pendirian rasmi berhubung situasi kedua-dua negara yang semakin tegang.

Dengan taklimat rasmi, pengetahuan terperinci situasi krisis dan perbahasan terbuka, barulah pihak pembangkang boleh membuat pendirian rasmi, seperti yang pernah kita minta bahas isu krisis Rohingnya baru-baru ini di Parlimen,” kata Ketua Biro Antarabangsa Amanah Raja Kamarul Bahrin Shah.

Semalam, Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail memberitahu, beliau berjumpa dengan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagi meminta diadakan taklimat khas.

Sementara itu Raja Bahrin yang jug aahli parlimen Kuala Terengganu meminta pihak kerajaan menangani situasi ini dengan penuh kebijaksanaan dan kesabaran.

Menurut beliau, kerajaan seharusnya mengutamakan diplomasi berbanding bersikap konfrantasi kerana krisis ini telaj melibatkan rakyat kedua-dua negara.

“Malaysia hari ini menghadapi situasi krisis dengan Korea Utara seperti yang tidak pernah kita hadapi sebelum ini. Dalam waktu sebegini, kesabaran dan kebijaksanaan menangani situasi lebih afdal dan penting daripada menunjukkan sikap berkonfrantasi.

“Situasi semasa memerlukan diutamakan diplomasi dan bukan sikap ingin mengambil kesempatan menjadi wira yang boleh mendatangkan risiko kepada rakyat Malaysia yang masih di Korea Utara.

“Kita mesti kenal lawan yang kita hadapi serta watak yang di milikinya. Kita menghadapi situasi di mana rakyat Malaysia “terkandas” di Korea Utara,” katanya.

COMMENTS

Wordpress (0)