Isu MB Perlis: Perlu diadakan pilihan raya semula, saran Nurul Izzah

Isu MB Perlis: Perlu diadakan pilihan raya semula, saran Nurul Izzah

Kemelut berpanjangan isu pelantikan Menteri Besar (BM) Perlis pada hakikatnya tidak harus dipanjangkan sekiranya semua Adun BN tersebut menghurmati institusi Raja.

Pertikaian yang berlarutan sehinggakan barisan exco tidak dapat dibentuk akan merugikan rakyat yang telah memberi mandat dengan harapan sebuah kerajaan negeri dapat dibentuk selepas pilihan raya umum (PRU) yang telah berlaku hampir sebulan yang lalu.

Walau bagaimana pun konflik ini begitu ketara tidak dapat menyelesaikan masalah serta tidak mampu untuk memberi laluan kepada kerajaan negeri untuk berfungsi dengan baik.

Nurul Izzah Anwar ketika menyampaikan sumbangan untuk semua surau di Parlimen Permatang Pauh.

Demikian dinyatakan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada seluruh surau dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Jelas beliau lagi, isu ini memberi impak yang amat buruk apabila MB tidak dapat membentuk barisan kepimpinan kerajaan negeri Perlis sehingga kini.

“Solusi yang terbaik ialah dengan mengadakan pilihan raya semula dengan memberi mandat kepada rakyat Perlis untuk menerima dan menolak pimpinan negeri sedia ada.

“PKR yang memenangi tiga kerusi Dun di Perlis amat komited dengan undi yang telah diberikan oleh rakyat Perlis dalam PRU baru-baru ini.

“Kita akan tetap menjadi pembangkang yang setia kepada Tuanku Raja Perlis, ” tegasnya lagi.

Nurul yang juga merupakan Naib Presiden PKR turut berkata, beliau yakin majoriti rakyat Perlis menolak keputusan bantahan dan perengkaran yang dibuat oleh Adun Umno dan BN Perlis.

“Rakyat Perlis yang telah memberi mandat pada 9 Mei amat mengharapkan beberapa agenda rakyat dapat diangkat melalui kemenangan yang diberikan kepada Adun BN tersebut.

“Sebaliknya kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat negeri tersebut tidak mampu untuk menyelesaikan isu pelantikan MB hanya semata-mata kerana adanya sekelumit rasa tidak puas hati terhadap pelantikan MB yang mendapat perkenan Tuanku.

“Membela nasib rakyat negeri Perlis serta pembangunan negeri harus diberi keutamaan oleh Pengerusi BN Perlis serta Adun BN yang telah mengambil tindakan membantah sebelum ini, sehinggakan ia menjadi polemik yang tidak berkesudahan, ” ujarnya.

Oleh kerana itu tambahnya, isu ini wajib diperhalusi bersama dengan cara yang lebih berhemah dan bijaksana serta menghurmati institusi Raja.

Malah katanya lagi, PKR amat komited untuk menjadi pembangkang yang dapat memberi khidmat terbaik untuk membela nasib rakyat negeri Perlis.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote