Malaysia Dateline

Isu Najib vs Anwar: ‘National Embarassment’ sekali lagi ke?

Nampaknya, bahang perdebatan antara mantan YB Perdana Menteri dengan Yb Ketua Pembangkang masih belum reda khususnya di media sosial.

Setakat yang saya lihat dan baca ulasan mengenai perdebatan itu di media sosial, jelas rata-rata para netizen telah menabalkan YB Ketua Pembangkang sebagai pemenang debat itu.

Malahan, ada yang menyimpulkan bahawa sebelum perdebatan itu berlangsung, ramai yang seolah-olah sudah tahu siapa pemenangnya.

Untuk berlaku adil kepada YB Pekan, tindakannya yang berani muncul di pentas awam untuk berdebat itu boleh jugalah dipuji. Malu apa bossku kan!

Namun ada juga yang menyatakan bahawa individu seperti YB Pekan, berbeza dengan YB Ketua Pembangkang, bukanlah seorang pendebat.

Dalam kata lain, beliau dikatakan tidak memiliki “DNA” berdebat. Mungkin dia memiliki “DNA” lain yang lebih hebat!

Atas dasar itu, menurut penganalisa tersebut, YB Pekan sepatutnya tidak wajar cuba nak tunjuk hebat dengan pi terlibat dalam pentas perdebatan terbuka tersebut apatah lagi di satu pentas dengan YB Ketua Pembangkang.

Depa habaq itu ibarat “hang pi hulur tengkuk hang untuk disembelih YB! “

Saya tidak bercadang untuk mengulas isu isi perdebatan tersebut seperti misalnya isu “bail out” menggunakan wang Petronas atau wang pinjaman dari bank dengan jaminan kerajaan yang bagi saya, YB Pekan sepatutnya awal-awal lagi tidak menggunakan hujah serapuh itu kecualilah beliau hendak berhujah sebegitu di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno atau di dalam Perhimpunan Agung Umno!.

Anyway, jika dalam Majlis Tertinggi Umno itu, mungkin dia tak perlu nak berdebat.

Cukup hanya beri taklimat yang mungkin para pendengarnya akan bersetuju walaupun dia belum habis selesai taklimat! Agaknya lah.

Maaf, saya nak ulas isu itu dari sudut lain ya.

Semua orang tahu dan sedar bahawa perdebatan berbeza dengan ceramah atau pidato. Debat dan ceramah memerlukan pendekatan yang amat berbeza.

Di dalam perdebatan, pendebat perlu bercakap bersandarkan hujah yang boleh dipertahankan.

Retorik yang mungkin laku di pentas ceramah kerana ia bersifat ” one way traffic” mungkin tidak begitu bernilai tinggi dalam dunia perdebata

Di dalam planet perdebatan, status sosial seseorang hatta setinggi mana sekalipun tidak dengan sendirinya mampu menjamin kehebatan berhujah atau isi penghujahan mereka.

Di dalam Al-Quran misalnya, kita boleh melihat bagaimana Penguasa Empayar Babylon ( Ababil dalam bahasa arab) di Wilayah Mesopotamia yang cuba menggunakan pendekatan retorik semasa berhujah/berdebat dengan Nabi Ibrahim a.s .

Dengan mudah hujahnya itu dikalahkan oleh Nabi Ibrahim a.s sehingga Allah menyatakan di akhir perdebatan itu فبهت الذي كفر – “so the unbeliever was overwhelmed!” .

Dalam kitab-kitab tafsir, para ulama ada yang menafsirkan frasa di ayat tersebut sebagai “depa tercengang atau terputus/terpotong hujah dll.”

Bagi saya seoranglah, apabila membaca kisah Nabi Ibrahim a.s di dalam Al-Quran, saya sentiasa teruja. Boleh dikatakan, bagi saya lah, Nabi Ibrahim a.s adalah “A debater Par Excellence!”

Apapun, tidak kira siapapun pemenang perdebatan tersebut, sayugia budaya perdebatan dalam kalangan para ahli politik khususnya yang ingin mengemudi negara ini wajar dijadikan upacara atau takwim wajib, mungkin semasa PRU.

Tidak salah jika negara ini meniru budaya perdebatan calon-calon presiden seperti yang berlaku di setengah negara-negara maju malahan berlaku di negara seperti Republik Indonesia.

Sudah tentu bagi negara maju, rakyat depa memandang serius isu penjawatan “public office” yang bagi depa bukan sahaja ia menuntut prinsip pertanggungjawaban atau akauntabiliti dan ketelusan tetapi juga ianya selaras dengan prinsip dan ruh sebenar demokrasi.

Sebab itu bagi negara negara maju, hatta tidak menghormati mandat rakyat bukan sahaja mungkin tidak atau sukar nak berlaku di alam realiti kerana hal itu tidak ada dalam kamus demokrasi,depa mungkin juga tidak pernah bermimpi ia mungkin akan berlaku di alam ilusi.

Lihatlah standard tinggi demokrasi depa dalam isu “public office” .