Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Isu Orang Asli di Hutan Simpan Kuala Langat Utara: JAKOA mesyuarat Isnin depan

Isu Orang Asli di Hutan Simpan Kuala Langat Utara: JAKOA mesyuarat Isnin depan

BernamaFebruary 14, 2020 11:31 am




Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) akan mengadakan mesyuarat pengurusan pusat pada hari Isnin ini bagi mencari penyelesaian terbaik dalam isu pertindihan tanah melibatkan masyarakat Orang Asli di Hutan Simpan Kuala Langat Utara di Sepang, Selangor.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator P Waytha Moorthy yang bertanggungjawab memelihara kebajikan masyarakat Orang Asli melalui JAKOA berkata, isu pertindihan tanah itu sememangnya dalam tindakan dan pemerhatian pihaknya.

“JAKOA sebenarnya sudah pun membuat permohonan untuk mewartakan kawasan itu (kawasan Orang Asli di sana) sejak 20 Sept 2017, namun atas masalah teknikal yang perlu diperhalusi, kita masih menunggu keputusan daripada kerajaan negeri,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Waytha Moorthy berkata kawasan yang menjadi perhatian itu sebenarnya dikenal pasti sebagai kawasan rayau bagi empat Kampung Orang Asli (KOA) iaitu KOA Bukit Kecil, Bukit Cheeding, Busut Baru dan Pulau Kempas, dengan jumlah penduduk seramai 1,049 orang.

“Kerajaan hari ini sentiasa komited untuk memelihara hak serta maruah setiap rakyat Malaysia demi memastikan aspirasi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dapat menghidupkan sebuah bangsa Malaysia yang benar-benar inklusif dan saksama,” katanya.

— BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Kos RM35.4 juta boleh buat ujian swab lebih 500,000 rakyat Malaysia

Pejabat PM sahkan RM35 juta untuk projek bina 3 dewan bukan 1 dewan

Hanipa minta gerai jual burger dibuka hingga jam 12 malam

Vaksin COVID-19: Khairy kecewakan rakyat Malaysia

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production