Malaysia Dateline

Isu ‘Pandora Papers’ bangkit di Parlimen lagi

Hari ini sidang terakhir Parlimen untuk sesi ini. InsyaAllah akan bersambung semula pada 25/10/2021- sesi Belanjawan 2022.

Hari ini Yb Ketua Pembangkang berdiri buat kali ketiga bagi mendesak Parlimen untuk membahaskan isu Pandora Papers. Masih tak boleh juga.

\Reformasi Parlimen ?

Alhamdulillah, saya berpeluang berbahas tadi pindaan kepada Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998 (pindaan 2021).  Jujurnya, akta ini agak teknikal. Antara lain, saya habaq :

Akta ini secara dasarnya, digubal bagi tujuan mendesak mana-mana syarikat harus memulangkan sebahagian dari keuntungan luar biasa yang depa peroleh kepada rakyat melalui gomen melalui pembayaran levi.

Saya habaq ada kalanya ada pihak yang kaut keuntungan itu berjaya berbuat begitu atas penderitaan orang lain. Misalnya mengaut keuntungan di waktu pandemik. Keuntungan seseorang adalah penderitaan orang lain.

Saya habaq tadi saya rasa amat kesal kerana gomen tebuk atap gagal 2.0 tidak menggunakan peluang ketika ingin meminda akta ini dengan bertindak cuba mengetatkan lagi peruntukan yang bersifat “penal” di dalam akta tersebut.

Maknanya gomen tebuk atap sepatutnya mengambil peluang bagi mengenakan hukuman yang lebih keras/berat atas pihak yang dilihat atau didakwa telah melanggar akta ini.

Saya bagi contoh. Saya kaitkan bagaimana selepas pendedahan isu Pandora Papers, di Amerika, ahli-ahli kongres di sana berhasrat untuk gubal sebuah akta yang dipanggil the “Enabler Act” bagi memastikan pihak yang dilihat terlibat membantu seperti peguam, ‘the dealer’ bagi membolehkan misalnya para pelari cukai atau penggubah wang haram yang larikan wang haram di tax-havens juga sewajarnya tidak harus terlepas dari tangan undang-undang.

Saya berpendapat tindakan mereka itu adalah “response” yang wajar dan munasabah. Malangnya, di negara ini MP nak minta bahas Pandora Papers pun tak boleh, apa lagi nak buat undang-undang.

Di Eropah, the European Parliament pada 6/10/2021 telah berbahas isu tersebut di Parlimen depa.

Dalam konteks Akta Levi ini saya habaq walaupun di sana ada beberapa peruntukan bagi menghukum mereka yang bersalah tetapi ianya masih tidak mencukupi. Hukumannya agak rendah.

Justeru itu, saya mencadangkan pihak yang boleh ditafsirkan tergolong dalam kategori ‘the enablers’ yang dilihat terlibat dalam membolehkan para penjenayah lari dari cengkaman di bawah akta ini juga sepatutnya wajar dan perlu dihukum di bawah akta ini.

Saya juga bangkitkan kemungkinan kepada keperluan meluaskan kategori mereka yang dikatakan terlibat dalam mengaut keuntungan luar biasa itu diperlebarkan juga kepada misalnya para pemegang konsesi seperti konsesi tol yang pernah didedahkan di Parlimen ini bila kerajaan tidak naikkan tol, depa mendapat bayaran pampasan yang tinggi bernilai jutaan ringgit dan tempoh konsesi dipanjangkan lagi.

Jika itu adalah keuntungan tidakkah wajar mereka juga harus dikenakan levi ?

Apapun, pertama kali nampaknya bila saya bahas tadi para MP gomen tebuk atap termasuk dari parti ehem tak ganggu dan kacau. Lazimnya tidak sebegitu.

Saya tunggu juga jika ada MP parti ehem khususnya, yang akan bangun dan tanya soalan. Frustlah tak ada.

Adakah depa setuju dengan saya tadi atau lagu mana?