Isu Peguam Negara: Beri ruang kerajaan Pakatan Harapan susun rentak

Terdapat dua cara untuk membolehkan seseorang itu menjadi seorang Ahli Parlimen. Pertama – menang pilihan raya bagi kerusi Parlimen.

Kedua – dipilih oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri sebagai seorang anggota Dewan Negara/ Senator.
Setiap Negeri hanya boleh menghantar 2 orang wakilnya ke dalam Dewan Negara. Selebihnya adalah lantikan Kerajaan Persekutuan.

Parlimen pula terdiri daripada 2 Dewan yang mulia:
▪ Dewan Rakyat (222 orang yg dipilih melalui proses pilihan raya), dan
▪ Dewan Negara (70 orang yg dipilih oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri). Ini juga dipanggil Senator, dan merupakan Dewan Tertinggi dalam struktur Parlimen.

Justeru, tidak berbangkit isu PH tidak mengikuti manifestonya dalam hal berkaitan perlantikan Peguam Negara. Ini kerana apa yg sedang berlaku adalah masih pada fasa mengemukakan cadangan nama.

Seandainya YDPA setuju, maka proses selanjutnya adalah kepada fasa yg seterusnya iaitu perlantikan/ angkat sumpah Tommy Thomas sebagai seorang Ahli Dewan Negara (Senator) bagi Parlimen Malaysia.

Manakala cadangan pengasingan tugas antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya Negara sepertimana yg terkandung dalam Buku Harapan, ia memerlukan kepada satu pindaan perlembagaan pada Perkara 145.
Setiap hal ada proses, dan proses tersusun perlu diberi ruang bagi mengambil tempat.

Syarat perlantikan seorang Peguam Negara selain warganegara Malaysia, dia juga mestilah punya kelayakan untuk menjadi seorang Hakim bagi Mahkamah Persekutuan.

Syarat perlantikan seorang Hakim Mahkamah Persekutuan pula adalah:

(a) dia seorang warganegara; dan
(b) bagi tempoh sepuluh tahun sebelum pelantikannya dia telah menjadi peguam bela bagi mahkamah-mahkamah itu atau mana-mana satu daripada mahkamah itu atau menjadi anggota perkhidmatan kehakiman dan perundangan Persekutuan atau perkhidmatan perundangan sesuatu Negeri, atau pada suatu masa menjadi peguam bela dan pada suatu masa lain berkhidmat sebagai anggota perkhidmatan kehakiman dan perundangan Persekutuan atau perkhidmatan perundangan sesuatu Negeri.

Cadangan saya kepada teman-teman rakyat Malaysia, berilah ruang dan peluang Kerajaan Harapan ini bernafas dan menyusun rentaknya.

Sambil kita perlu menyantuni pelbagai proses pentadbiran dan pengurusan berlandaskan semangat rule of law.

HARAPAN komited melaksanakan manifestonya sambil menyantuni pelbagai keperluan proses Dan prosedur. Bersabarlah.

* Penulis merupakan Ketua Penerangan Wanita Pakatan Harapan.

CATEGORIES
TAGS