Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Isu peletakan jawatan Maszlee tidak jejas reputasi PH menjelang PRK Kimanis

Isu peletakan jawatan Maszlee tidak jejas reputasi PH menjelang PRK Kimanis

AKMAL MANAFJanuary 4, 2020 7:04 am




Isu peletakan jawatan bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, pada Khamis lalu, dilihat tidak akan memberi kesan terhadap reputasi Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis 18 Januari ini.

Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, berpandangan, jika peletakan jawatan Maszlee mempunyai kaitan dengan PRK Kimanis, kemungkinan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu tidak akan berbuat demikian.

Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani

“Sabah ini konsep politiknya lain sedikit. Politik tempatan di Sabah lebih dominan berbanding politik nasional. Jadi peletakan jawatan beliau (Maszlee) tidak akan memberi kesan kepada pengundian di PRK Kimanis nanti.

“Pembangkang akan mainkan apa-apa isu sahaja yang boleh menarik undi di sana, cuma saya nampak isu Dong Zong dan Maszlee Malik bukan isu dasar atau pun penting di sana.

“Politik Sabah ini lain, dan di Kimanis lebih banyak isu berkaitan kenegerian seperti isu pembangunan yang masih lagi dominan dan juga isu berkaitan etnik di Sabah,” katanya secara eksklusif kepada Malaysia Dateline.

Beliau mengulas demikian ketika ditanya tentang adakah peletakan jawatan Mazlee menjelang PRK Kimanis akan menjejaskan reputasi PH untuk menang di sana nanti.

Ditanya apakah isu utama yang akan menjadi bahan kempen oleh pembangkang, Prof Mohd Azizuddin berpendapat, pembangkang akan memainkan isu seperti mengkritik dasar kerajaan Sabah di bawah pimpinan parti Warisan Sabah dan PH.

“Pembangkang dijangka akan memainkan isu-isu yang bersifat ‘tempatan’ seperti agenda pembangunan tidak sampai ke peringkat akar umbi, mengkritik pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal dan isu Datuk Seri Anifah Aman dibatalkan kemenangannya.

“Selain itu, isu nasional pun mereka (pembangkang) akan mainkan tetapi mungkin secara sampingan sahaja dan tidak akan mendominasi kempen PRK,” katanya lagi.

Ditanya apakah isu-isu nasional yang dimaksudkan itu,  beliau, menjelaskan, isunya seperti PH tidak menunaikan janji manifesto, kelemahan pimpinan kerajaan, harga barang meningkat dan kos sara hidup.

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Terkini

Covid-19: Apa Muhyiddin dapat buat dengan kuasa mutlaknya, soal Mahathir

Menteri Pendidikan tiada kepimpinan, bimbang wujudnya ‘generasi ketinggalan’

Keazaman untuk tidak berubah (Bahagian 1)

Mahfuz desak kerajaan perjelas isu projek rundingan terus lebih RM100 juta

Rakyat kecam Muhyiddin ulang apa yang dibentang dalam Belanjawan 2021

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production