Isu penangguhan pemberian pec percuma ubat baru berkos tinggi

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan berkata, pek percuma ubat-ubat baru yang berkos tinggi kepada pesakit melalui Patient Access Scheme (PASc) kini dihentikan sementara.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata,satu garis panduan iaitu Garis Panduan Permohonan Melaksanakan Patient Access Scheme (PASc) di KKM telah disediakan pada 1 Jun 2018, di mana ianya bertujuan untuk menerangkan proses permohonan, penilaian dan kelulusan PASc di fasiliti KKM.

“Garis panduan ini bertujuan untuk menyeragamkan proses permohonan melaksanakan PASc agar ianya telus dan memastikan kertas cadangan PASc oleh syarikat farmaseutikal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Salah satu skim PASc yang ditawarkan oleh pihak syarikat farmaseutikal melibatkan pemberian pek percuma/bonusing yang mengikat dengan pembelian ubat oleh fasiliti kerajaan.

Pemberian pek percuma ini dikhuatiri melanggar etika dan menimbulkan isu integriti memandangkan pemberian pek
percuma ini tidak dinyatakan secara terperinci dalam rekod pembelian antara pihak syarikat farmaseutikal dan fasiliti KKM. Perkara ini perlu diteliti bersamadengan pihak berwajib.

Oleh itu, proses permohonan PASc yang melibatkan pek percuma/bonusingditangguhkan buat sementara waktu sehingga mendapat ulasan daripada Jabatan Audit Negara,” ujarnya.

KKM juga menegaskan bahawa skim-skim lain dan sedia ada yangsedang dilaksanakan adalah diteruskan seperti biasa di fasiliti kesihatan kerajaan.

Pihak KKM juga tiada halangan bagi sebarang pemberian pekpercuma (charity/ compassionate use) kepada pesakit dengan syarat-syarat(caveats) yang tidak mengikat pembelian oleh KKM.

KKM sentiasa komited di dalam memastikan pesakit mendapat akses kepada ubat-ubatan dan dijalankan secara telus demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

Kenyataan ini dikeluarkan susulan artikel disiarkan portal berita online Malay Mail dan Free MalaysiaToday (FMT) berkenaan penangguhan pemberian PASC skim yang ditawarkan oleh syarikat
farmaseutikal kepada KKM untuk menambahbaik akses ubat kepada pesakit terutamanya bagi ubatan yang mahal.

COMMENTS

Wordpress (0)