Isu perletakan jawatan Ahmet Davutoğlu sebagai Perdana Menteri Turki

Isu perletakan jawatan Ahmet Davutoğlu sebagai Perdana Menteri Turki

Sejak beberapa bulan yang lalu, telah ada pertembungan di dalam AK party yang terbahagi kepada dua group: 1- Group reis (Tayyip Erdoğan) 2- Group Hoca (Ahmet Davutoğlu)

Namun secara dasarnya dua kumpulan ini tiada masalah. Ahmet Davutoğlu seperti di dalam manifesto sebelum ini dan ucapannya, beliau menyokong penukaran sistem presiden daripada sistem parlimen sekarang ini.

Perbezaannya adalah Ahmet Davutoğlu melihat Turki dan rakyat Turki masih tidak bersedia kepada sistem presiden dan masih memerlukan masa lagi.

Kecermelangan perdana Menteri Ahmet Davutoğlu semasa sesi pemerintahannya telah menyebabkan rakyat tidak kisah dengan sistem Parlimen kerana melihat Turki boleh kehadapan tanpa sistem itu.

Perbezaan lainnya adalah dari segi gerak kerja. Tayyip Erdoğan kelihatan lebih mahu gerak kerja yang ‘keras’ dan ‘lantang’ terutamanya dalam menangani isu terorrism. Manakala Ahmet davutoğlu lebih ke arah politik yang baik dan bersih.

Kemuncak pertembungan apabila minggu lepas, di dalam pemilihan ketua cawangan Ak party di peringkat bandar dan daerah, central decision and administration board (MKYK) Ak party (group reis) telah mengatasi keputusan Ahmet davutoğlu.

Semua keputusan termasuk keputusan Ahmet Davutoğlu meletak jawatan semuanya adalah daripada persafahaman diantara Tayyip Erdoğan dan Ahmet Davutoğlu sendiri.

Seperti kata Ahmet Davutoğlu Hoca dalam ucapannya semalam, perletakan jawatannya dan pemilihan Ketua Ak party yang baru adalah yang terbaik untuk Turki. Tambahnya lagi, beliau tidak akan bertolak ansur dalam spekulasi hubungannya dengan Presiden Tayyip Erdoğan. Ketaatan untuk Mr Presiden kekal hingga nafas terakhir.

Memetik kata Yusof Kaplan, sistem Presiden diperlukan sekarang untuk menjadi satu kuasa yang besar melawan musuh. Sudah tiada masa untuk dibuang.

Sejak daripada isu ‘one minute’ sebenarnya Turki telah mula mengorak langkah untuk bermain politik global yang ‘garang’ dan lantang.

Saya percaya Ahmet Davutoğlu akan terus berkhidmat dengan cemerlang walaupun bukan sebagai perdana Menteri.

Sistem presiden diperlukan untuk Turki menjadi lebih stabil dan kuat bukan hanya utk 10 tahun akan datang, bahkan 100 tahun akan datang.

Terakhir, didalam permainan catur ini, pemainnya adalah Recep Tayyip Erdoğan. Ahmet Davutoğlu hanyalah salah satu buah catur.

Syafiq shafii ialah koresponden ABIM Turki

COMMENTS

Wordpress (0)