Isu perparitan tidak diurus baik dapat diselesaikan Adun Maharani

Isu perparitan tidak diurus baik dapat diselesaikan Adun Maharani

Isu parit yang menjadi masalah kepada penduduk di sekitar Parit Haji Samsu, Muar, Johor telah diselesaikan dengan tindakan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Norhayati Bachok

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Maharani, Norhayati Bachok berkata, sebelum ini penduduk mendakwa, parit yang cetek aliran air parit melimpah apabila hujan atau air pasang sehingga merosakkan tanaman mereka.

“Alhamdulillah dalam minggu ni, tindakan segera pihak JPS telah menyelenggarakan parit berkenaan dan ia suatu tindakan yang murni terhadap orang kampung.

“Parit sepanjang tiga kilometer itu sebelum ini telah mendapat pelbagai reaksi dari penduduk kampung yang mengeluh serta membuat aduan kepada pihak kami.

“Pihak kami telah membawa aduan kepada pihak JPS dan permintaan kami telah didengari,” ujarnya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, kebanyakkan keluhan atau aduan yang disuarakan oleh rakyat hakikatnya telah dibawa kepada pihak berwajib.

Namun beliau berkata lagi, dalam menangani beberapa isu berbangkit kadangkala ia membabitkaan beberapa agensi atau jabatan. yang merumitkan tindakan wakil rakyat untuk menyelesaikan masalah rakyat di kawasan.

“Hakikatnya segala aduan yang dibawa kepada pihak kami telah dibawa kepada pihak tertentu dan ia mengambil masa yang lama kerana terkadang isu itu membabitkan banyak pihak.

“Selain itu peruntukkan juga menjadi suatu cabaran untuk pihak tersebut menyelesaikan permasalahan yang berbangkit.

“Saya akan berusaha bersama-sama dengan jabatan atau agensi yang mahu menyelesaikan sebarang permasalahan agar keselesaan dapat dikecapi oleh rakyat,” ujarnya lagi.

Dalam tinjauan Pusat Khidmat Rakyat Dun Maharani, projek mendalamkan parit tersebut masih berjalan dan setakat ini hanya separuh dari keseluruhan jarak parit sahaja yang didalamkan.

Norhayati menegaskan pihaknya akan memantau dari masa ke semasa berkenaan dengan projek pendalaman parit berkenaan agar ia tidak separuh jalan.