Isu Pesta Arak:Pertemuan Pas dengan Datuk Bandar MBPJ kemuka cadangan, bantahan

Isu Pesta Arak:Pertemuan Pas dengan Datuk Bandar MBPJ kemuka cadangan, bantahan

Pas Negeri Selangor yang dianggotai di kalangan pimpinan ulamak, pemuda, muslimat dan himpunan penyokong parti itu bertemu Datuk Bandar Majlis Bandaran Petaling Jaya (MBPJ) Datuk Mohd Azizi Mohd Zain untuk menyatakan pendirian parti itu menolak permohonan penganjuran pesta arak pada Oktober depan.

Menurut Setiausaha Dewan Ulama Negeri Selangor Muhammad Najhan Halim, kunjungan parti itu bertemu Datuk Bandar untuk menyuarakan pandangan dan cadangan termasuk mengemukakan bantahan terhadap permohonan penganjuran pesta arak ini sebagai tanggungjawab sosial dan mewakili masyarakat prihatin di negeri Selangor.

“Pas amat konsisten berkaitan isu pesta arak, sejak dari tahun 2014 lagi telah membantah penganjuran ini. Pandangan Pas jelas iaitu menolak aktiviti minum arak secara berpesta tanpa menolak hak menkonsumi arak di kalangan bukan Islam.

Muhammad Najhan Halim

“Ini kerana membudayakan pesta arak adalah bertentangan dengan cara hidup rakyat Malaysia.

Maka Pas  ujarnya, sangat berharap agar permohonan Oktober Fest 2017 tidak diluluskan oleh pengurusan MBPJ,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan bantahan penganjuran pesta arak turut disuarakan secara rasmi oleh 4 orang Ahli Majlis Pas di MBPJ.

Pertemuan dengan Datuk Bandar itu yang diadakan kelmarin, turut dihadiri Ketua Dewan Ulamak Rizuan Rahmat,Ketua Pemuda Syarhan Humaizi Halim, Ketua Muslimat Wan Hasrina Wan Hassan,Ketua Himpunan Penyokong Datuk Deepaakaran Karupiah serta pimpinan dewan yang lain.

Penganjuran ‘Better Beer Festival 2017’ yang dijangka akan diadakan di One Utama, Bandar Utama pada Oktober depan.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipertanggungjawabkan untuk bertindak menyekat penganjuran pesta arak, Better Beer Festival 2017 itu.

6.0
OVERALL SCORE
: 6.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS