Isu PPR Lembah Subang fokus Halimey jika menang

Oleh MALAYSIADATELINE

Calon Pakatan Harapan (PH) Halimey Abu Bakar berjanji untuk menyelesaikan masalah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang jika diberi mandat untuk memerintah di Dewan Undangan Negeri (Dun) Seri Setia pada 8 September ini.

Halimey berkata, beliau akan meletakkan fokus utama untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk PPR di Lembah Subang.

“Kempen yang diberi selama 21 hari, setakat ini, telah hampir 70 peratus ‘walkabout’ telah berjaya dilakukan dan berjumpa dengan pengundi dari rumah ke rumah.

“Saya ingin menunjukkan bahawa PH ialah Parti yang membantu rakyat, sambil mengingatkan kepada mereka tarikh 8 September untuk keluar mengundi,” katanya pada sidang media diadakan di Bilik Gerakan Daerah Mengundi Lembah Subang hari ini.

Menurutnya, pada minggu terakhir kempen kelak, beliau akan. memfokuskan di kawasan hitam untuk meraih pengundi di sana.