Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Isu PSS tewaskan calon Warisan, kata AMANAH Sabah

Isu PSS tewaskan calon Warisan, kata AMANAH Sabah

Oleh MAHDAR BUJANGJanuary 19, 2020 12:31 pm




Parti AMANAH Negara Negeri Sabah berpendapat faktor kekalahan calon Warisan, Datuk Karim Bujang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis semalam adalah berkaitan isu Pas Sementara Sabah (PSS).

Menurut Naib Pengerusi 3 AMANAH Sabah, Datuk Dr Abdul Sani Yahmin, jentera calon Barisan Nasional (BN) telah memanipulasikan PSS sebagai bahan kempen mereka sekali gus berupaya mempengaruhi pengundi- pengundi di sini.

Katanya, walapun isu PSS telah banyak diperjelaskan oleh kepimpinan negeri dan pusat semasa turun ke lapangan, namun ternyata ia gagal meyakinkan para pengundi.

“Saya rasa isu PSS adalah antara faktor calon Warisan tewas pada PRK Kimanis semalam.

“Ini kerana, calon dan jentera Parti BN telah memainkan isu ini sebelum Hari Penamaan Calon pada 4 Januari lalu lagi.

“Mereka (BN) menakut-nakutkan pengundi dengan mengatakan jika PSS diguna pakai di negeri ini, maka rakyat Sabah akan menjadi pelarian di negeri sendiri,” tegas beliau ketika dihubungi di Kota Kinabalu hari ini.

Bagaimanapun, beliau menganggap kekalahan itu sebagai motivasi untuk bekerja lebih keras lagi dalam masa berbaki tiga tahun sebelum menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU15) akan datang.

Tambahnya lagi, beliau menerima dengan hati terbuka di atas kekalahan itu dan turut bersedih seperti apa yang dialami rakan-rakan dari Warisan.

“Ya…kita menerima kekalahan calon rakan parti dari Warisan dalam PRK ini dengan hati terbuka. Tetapi kami yakin pada PRU Ke-15 nanti, kita akan berusaha lebih keras lagi untuk mencapai kejayaan bersama,” ujar Dr Abdul Sani.

Pada PRK Kimanis yang berlangsung semalam, wakil BN Mohamad Alamin secara rasmi diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pemenang.

Mohamad mengalahkan lawannya Karim Bujang dari Warisan dengan majoriti 2,029 undi.

Mohamad berhasil memperolehi 12,706 undi berbanding Karim 10,677 undi manakala 320 undi yang ditolak.

Jumlah keluar mengundi adalah 79.92 peratus yang merupakan paling tinggi untuk 10 PRK yang diadakan selepas pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Kemenangan Mohamad bermakna kerusi parlimen Kimanis kekal bersama BN.

BN memenangi Kimanis pada pilihan raya umum lepas tetapi penyandangnya Anifah Aman keluar Umno pada September 2018.

PRK Kimanis diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya membatalkan kemenangan Anifah atas dasar bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada masa itu gagal mematuhi prosedur pilihan raya yang sepatutnya.

Dalam PRU lepas, Anifah, yang mewakili BN, menang dengan majoriti 156 undi, dengan memperoleh 11,942 undi. Karim, yang turut bertanding ketika itu meraih 11,786 undi. Calon ketiga, Jaafar Ismail dari Parti Harapan Rakyat Sabah meraih 1,300 undi.

Anifah, yang sudah keluar Umno tidak bertanding dalam PRK ini namun memberikan sokongan dan berkempen untuk BN.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 






widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Muhyiddin digesa sahkan kesahihan surat projek bina dewan RM35 juta

Polis tidak kompromi, penganjur edar ayam beku didenda

Darurat: Penting untuk pembangkang sertai JK Khas sebagai semak dan imbang

Golongan muda bakal hilang kerja, rasional darurat Muhyiddin perlu ditolak

Tun Salleh Abas meninggal dunia

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production